• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BR1M Hanya Untuk Golongan Memerlukan

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah untuk golongan sasaran yang benar-benar memerlukannya, kata Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri K Kenneth Eswaran.

“Tiada salahnya pemberian bantuan kewangan oleh kerajaan. Malah, kumpulan isi rumah 40 peratus berpendapatan rendah (B40) tersebut sememangnya wujud dalam setiap kelompok masyarakat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Selain itu, mengulas penyertaan masyarakat India dalam projek-projek utama, Eswaran berkata angka terbabit semakin berkurangan.

“Pada 1958, ekuiti ekonomi masyarakat India adalah dalam lingkungan kira-kira 28 peratus. Namun sekarang, angka itu cuma 1.8 peratus.

“Kaum India sebelum ini mewakili 28 peratus daripada jumlah penduduk tetapi angka itu merosot kepada 7.0 peratus pada masa ini,” katanya.

Selain itu, Eswaran berkata, 37 peratus kaum India juga pernah memiliki tanah dan hartanah namun jumlah itu berkurangan secara mendadak kepada hanya 1.0 peratus.

Mengulas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beliau berkata MAICCI memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Perdana Menteri secara peribadi pernah mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet mengenai hal ehwal orang India yang menyaksikan kelulusan pembaharuan lebih 5,000 lesen besi lusuh membabitkan etnik itu sebagaimana yang diminta MAICCI dalam sesi dialog pada 2008,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, sejumlah RM1.44 bilion turut diperuntukkan bagi usahawan India menerusi Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India-Tekun Nasional yang memberi manfaat kepada 31,000 usahawan kaum berkenaan.

“Sebanyak RM100 juta yang diperuntukkan di bawah program mikro kredit Amanah Ikhtiar Malaysia pula memberi faedah kepada 10,019 usahawan wanita.

“Malah, sejak beberapa tahun lepas, Perdana Menteri ternyata ikhlas dalam usahanya untuk membantu meningkatkan (kehidupan) masyarakat India. Ini terbukti menerusi pengumuman Pelan Tindakan Masyarakat India pada April tahun lepas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri K Kenneth Eswaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd