• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Punya Peluang Rampas Kembali Parlimen Raub

oleh Ahmad Albab
04/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAUB – Ali Ismail, 55, meluahkan rasa kecewa kerana pemimpin pembangkang yang dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), gagal membantu rakyat ketika berada dalam kesusahan.

Peneroka di Felda Lembah Klau, antara kawasan penempatan di Parlimen Raub, itu berkata pemimpin pembangkang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dalam menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

“Bila kita ada masalah putus bekalan air, kebakaran dan bumbung terbang akibat ribut, mereka tidak muncul beri bantuan,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Katanya tindakan sedemikian seolah-olah mengkhianati amanah diberikan rakyat yang memilih mereka untuk membawa perubahan.

Pada PRU13, DAP memenangi kerusi Parlimen Raub selepas calonnya, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz menewaskan calon BN, Datuk Hoh Khai Mun daripada MCA dengan majoriti 2,814 undi.

Parlimen Raub sebelum ini diwakili BN dari 1999 hingga 2008 menerusi bekas Menteri Pelancongan Tan Sri Ng Yen Yen.

PRU14 menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun dengan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (PKR) dan Mohamed Nilam Abdul Manap (PAS).

Menjelang hari pengundian 9 Mei ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya memilih parti yang benar-benar boleh membantu dan bukannya sekadar memberikan janji kosong.

Bagi yang telah membuat kesilapan memilih, beliau berkata, usah biarkan pisang berbuah dua kali.

“Kalau memilih, pilihlah pihak yang memberi manfaat, apa guna menang sorak, tetapi kampung tergadai. Pertimbangan utama ialah pihak yang boleh bawa kehidupan lebih baik kepada rakyat,” katanya ketika hadir merasmikan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pahang Kampus Raub di sini semalam.

Dalam pada itu, penganalisis politik Che Hamdan Che Mohd Razali berkata Chew, yang merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mempunyai peluang seimbang untuk memenangi kerusi Parlimen Raub.

“Kedudukan DAP sebagai penyandang kerusi Parlimen memberi keyakinan kepada mereka, manakala bagi BN, semangat berkobar-kobar untuk menebus kembali kerusi Raub menjadi tonik bagi penyokong dan pimpinan tempatan,” katanya.

Che Hamdan, yang merupakan pensyarah kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kampus Raub, berkata BN mampu mencapai kemenangan berdasarkan keharmonian dan kerjasama​​​​​​​ dalam konteks Raub, antara parti komponen yang bertanding iaitu MCA dengan UMNO.

Bagaimanapun, katanya jentera BN perlu memberi tumpuan terhadap isu pembelaan masyarakat luar bandar yang berhadapan bebanan ekoran kenaikan harga barang dan pembangunan yang tidak seimbang di Raub.

“Ini agak menepati dengan kempen BN yang mengetengahkan motto ‘Bersama Membangunkan Raub’ untuk memberikan keselesaan kepada penduduk Raub bagi mengimbangi kepesatan perubahan pembangunan sebagai contoh dengan kewujudan institusi pengajian tinggi di Raub iaitu UiTM,” katanya. – BERNAMA

Tags: BN Pahangpengundi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

PRK Mahkota: Zahid Akui Undi 50 Peratus Pengundi Luar Cabaran Buat BN

14/09/2024
0

KLUANG - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui undi melibatkan kira-kira 50 peratus pengundi yang...

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

PRK Sungai Bakap: Ada Sedikit Peralihan Pengundi – Rafizi

06/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan sedikit peralihan pengundi, namun keputusan masih dipengaruhi oleh jumlah pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd