• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Akan Terus Perkasakan Institusi Pondok Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JELI – Barisan Nasional (BN) Kelantan akan terus memperkasa institusi pengajian pondok selaras dengan dasar kerajaan persekutuan yang memberikan tumpuan terhadap pusat pengajian agama Islam itu dalam arus pembangunan negara.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata komitmen tersebut juga selaras dengan aku janji dalam Manifesto BN Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

“Institusi pondok adalah produk penting di Kelantan bagi melahirkan golongan agamawan yang turut terlibat dalam pembangunan negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pondok Al-Quraniah di Chegar Bedil di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata bagi memperkasa institusi pengajian itu perkara yang perlu dilihat ialah dasar, kemudahan asas dan kurikulumnya.

“Kita mahu pondok melahirkan golongan ulama yang dapat menguasai pelbagai ilmu sama ada kemahiran, keusahawanan dan lain-lain cabang ilmu,” katanya.

“Kita nak tegakkan syiar dan syariat Islam, oleh itu kita perlu ada pelan induk, daftar pelajar dan guru, lihat kurikulum dan kita tidak mahu pelajar-pelajar hanya menjadi hafiz,” katanya lagi.

Mustapa yang juga calon BN Parlimen Jeli dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas berkata UMNO sentiasa mendekati golongan agamawan untuk mendapatkan nasihat mereka bagi kepentingan masyarakat dan negara.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan membantu mengatasi masalah bekalan air di Pondok Al-Quraniah itu yang terletak 1.2 kilometer dari jalan utama Jeli-Dabong.

“Pondok ini baru setahun beroperasi dengan 13 pelajar yang mengikuti pengajian al-Quran dan pengajian kitab. Ia perlu diberikan perhatian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mustapa Mohamed
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pastikan Rakyat Tak Terbeban Harga Minyak Naik

05/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengurangkan beban rakyat susulan trend peningkatan semula harga minyak...

Peruntukan RM400 Bilion, 14 Tindakan Inovatif Dalam RMKe-12

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Peruntukan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM400 bilion, empat pemangkin dasar dan beberapa tindakan inovatif yang berani, Rancangan Malaysia Ke-12...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd