• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan

oleh Ahmad Albab
15/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Membina hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan antara perkara yang akan diberi keutamaan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata banyak perkara perlu dibincangkan ekoran perubahan yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Penekanan juga akan diberikan untuk memenangi hati dan mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Wan Rosdy ditemui selepas Majlis Pengurniaan Surat Cara Lantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang di Istana Abu Bakar di sini, hari ini.

Istiadat disempurnakan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan turut berkenan berangkat ialah Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman.

Berhubung pelantikan lapan Exco Pahang hari ini, Wan Rosdy yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata bidang tugas atau portfolio mereka akan ditentukan dalam masa terdekat.

Beliau yang memaklumkan akan memulakan tugas pada esok, juga mengucapkan terima kasih kepada menteri besar sebelum ini Datuk Seri Adnan Yaakob atas jasa dan tunjuk ajar diberikan kepadanya.

“Saya juga menjunjung kasih kepada Sultan dan Pemangku Raja Pahang atas kepercayaan yang diberikan. Saya akan menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, Adnan merakamkan l rasa syukur apabila dimaklumkan Wan Rosdy akan menyambung tugasnya mentadbir negeri kerana mengenalinya sebagai seorang yang amanah dan ikhlas.

Katanya, Wan Rosdy pernah berkhidmat sebagai Exco di bawahnya selama dua penggal dengan jawatan terakhir sebagai pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang.

“Saya memberi sokongan padu kepada beliau dan yakin pentadbiran negeri akan dilaksanakan dengan baik. Saya juga akan membantu jika ada ruang untuk berbuat demikian.

“Saya telah dimaklumkan awal mengenai pelantikan menteri besar dan saya hadir pada petang ini untuk menunjukkan sokongan kepada beliau,” katanya.

Ditanya tentang perancangannya selepas ini, Adnan yang merupakan ADUN Pelangai berkata beliau bukanlah seorang yang suka merancang perjalanan hidupnya, namun bersedia jika khidmatnya diperlukan untuk menjadi ‘perantara’ antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan.

Adnan yang merupakan menteri besar selama 19 tahun sejak Mei 1999 seterusnya menyifatkan pengguguran namanya daripada senarai pentadbiran kerajaan negeri sebagai ‘sudah tiba masanya’.

“Saya juga meminta maaf kepada rakyat Pahang atas semua salah silap saya sepanjang menjadi menteri besar,” katanya.

Adnan yang hadir bersama isterinya Datin Seri Junaini Kassim juga dilihat mengesat air mata apabila dikerumuni dan dipeluk sebahagian besar ADUN Pahang bagi mengucapkan terima kasih. – BERNAMA

Tags: Wan Rosdy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

Menteri Besar Pahang Tegas: Isu Sentuh Al-Quran Tidak Boleh Dipandang Ringan

25/02/2026
0

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan bahawa sebarang tindakan atau kenyataan yang menyentuh sensitiviti agama, khususnya...

PAU 2023: Sajak Wan Rosdy Untuk Najib Jadi Tumpuan

PAU 2023: Sajak Wan Rosdy Untuk Najib Jadi Tumpuan

10/06/2023
0

KUALA LUMPUR – Tanpa dapat berselindung dengan kesedihan selepas bekas ‘bos besar’ UMNO peringkat negeri Pahang, Datuk Seri Najib Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd