• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bimbang Gejala Dadah Babitkan Golongan Belia

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap masalah gejala dadah terutama dalam kalangan golongan belia yang menyalahgunakan dan membawa masuk bahan itu dengan pelbagai modus operandi penyeludupan yang baharu sehingga sukar dibendung.

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Lembaga Pengampunan Negeri Selangor, Zamani Ahmad Mansor berkata ini kerana, baginda selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan Negeri Selangor mendapati bilangan kes jenayah pengedaran dadah melibatkan golongan tersebut yang dibawa kepada lembaga itu amat tinggi.

Menurut Zamani Ahmad, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam laporannya menyebut hasil daripada ujian air kencing yang dijalankan, didapati seramai 1,829 daripada 370,285 pelajar dari 178 sekolah disahkan positif dadah.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berasa gusar dan berdukacita dengan perkembangan kes-kes sedemikian kerana ia akan mendatangkan implikasi yang negatif kepada golongan muda dalam negeri Selangor.

“Gejala pengedaran dadah telah menjadi semakin serius dan kritikal serta telah mengundang kesengsaraan kepada deretan mangsa najis dadah beserta keluarga mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan rasmi itu dikeluarkan susulan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Selangor kali ke-78 tahun ini.

Zamani Ahmad berkata permasalahan dadah ini perlu dibanteras secara tegas dan tanpa kompromi kerana kesan negatifnya yang bukan sahaja mengancam kesihatan serta keselamatan awam, malah berpotensi meningkatkan berlakunya kejadian jenayah lain yang akhirnya akan menghancurkan ketenteraman awam dan perpaduan masyarakat yang sedang dinikmati dalam Selangor.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengeluarkan peringatan yang keras supaya sekalian rakyat hendaklah lebih berwaspada dan menghindarkan diri daripada aktiviti penyeludupan, pengedaran, penyalahgunaan dan seumpamanya yang melibatkan najis dadah kerana kesannya amat buruk bukan sahaja kepada individu belia terbabit tetapi juga kepada keluarga serta masyarakat sekelilingnya.

“Adalah menjadi hasrat dan harapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar rakyat dalam negeri ini dapat hidup aman dan tenteram serta bebas daripada pembabitan dan ancaman gejala dadah,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahSultan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

“Patik Amat Menghormati Dan Sentiasa Mematuhi Prinsip Rukun Negara” – ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki

20/05/2026
0

SHAH ALAM - AhIi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki menegaskan beliau amat menghormati dan sentiasa mematuhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd