• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bersih 2.0 Minta Tujuh Anggota SPR Dipecat

oleh Ahmad Albab
23/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bersih 2.0 meminta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad segera memecat tujuh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa kehilangan kepercayaan awam dan bersubahat dalam salah laku sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Pemangku Pengerusinya, Shahrul Aman Mohd Saari berkata pihaknya turut mencadangkan Perdana Menteri menggantung tugas Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan Timbalannya, Tan Sri Othman Mahmood bagi menjalankan siasatan.

“Walaupun terdapat banyak bukti kukuh dan masalah pengurusan dalam PRU14, tidak ada satu pun anggota SPR mahupun pegawai SPR tampil bertanggungjawab.

“Mohd Hashim, Othman dan lima anggota lain sehingga hari ini tanpa segan silu memegang jawatan itu dan tidak mahu mengambil tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan kertas cadangan Pelan Tindakan Reformasi Pilihan Raya kepada wakil sekretariat Jawatankuasa Reformasi Institusi di bawah Majlis Penasihat Kerajaan, Zawiyah Mohammad Yusof di Menara Ilham hari ini.

Shahrul Aman berkata Bersih 2.0 turut menyeru Jawatankuasa Reformasi Institusi dan kerajaan segera memberikan perhatian kepada reformasi dan implementasi berdasarkan pelan tindakan itu berdasarkan tempoh 100 hari dan dua tahun berikutnya.

Bersih 2.0 menekankan tindakan terpenting yang perlu diambil segera adalah untuk mengembalikan kebebasan dan fungsi SPR kerana tiada perubahan yang akan berlaku jika SPR sedia ada dikekalkan, katanya. – BERNAMA

Tags: Bersih 2.0
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fajer Perlu Bertanggungjawab Atas Prestasi TRW

Next Post

Malaysia Kaji Semula Kontrak Pencarian MH370

Related Posts

Bersih 2.0 Gesa Bentang RUU Dana Politik Secepat Mungkin

21/01/2020
0

PETALING JAYA - Bersih 2.0 mengulangi seruan menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang pendanaan politik secepat mungkin. Gabungan Pilihan Raya Bersih...

Bersih 2.0 Kritik Calon Warisan Ugut Pengundi Kimanis

06/01/2020
0

PETALING JAYA - Bersih 2.0 hari ini mengkritik kenyataan calon Warisan pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, Karim Bujang yang dilihat...

Next Post

Malaysia Kaji Semula Kontrak Pencarian MH370

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd