• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berilah Masa Anwar Berehat Sebelum Kembali Aktif

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Berikan masa kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berehat dahulu sebelum kembali terlibat dalam politik, kata isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu, katanya, ruang harus diberikan agar peralihan kuasa kepada kerajaan hari ini dapat dilaksana dengan lancar dan aman.

“Biarlah dia sihat dahulu dan biarlah proses itu (peralihan pemerintahan kerajaan baharu) berlalu dahulu sebelum beliau aktif kembali mengambil bahagian.

“Alhamdulillah, dia beransur pulih dan menunggu saat kebebasan dan untuk menyambut Ramadan bersama keluarga dan bertarawih,” kata Presiden PKR itu yang turut dinamakan sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi kerajaan PH, kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr. Wan Azizah berkata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghubungi beliau sendiri untuk memaklumkan Lembaga Pengampunan Diraja akan bermesyuarat pada Rabu ini bagi mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berhubung pengampunan dan pembebasan Anwar.

Sebelum itu, Dr. Wan Azizah melawat Anwar yang menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Anwar menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Anwar, yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

Jerebu: Semua Sekolah Di Johor, Beberapa Daerah Di Selangor Dan KL Ditutup Esok

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor serta beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur tutup esok, Isnin (12 Oktober...

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

Kejayaan Belanjawan Bukan Diukur Pada Angka Besar RM510 Bilion – Ahmad Samsuri

11/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan kerajaan bahawa kejayaan Belanjawan 2027 tidak seharusnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd