• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Mandat Kepada BN Teruskan Dasar – Najib

oleh AK-47
03/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta masyarakat India memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya dasar “tiada yang dipinggirkan” dapat diteruskan.

Pengerusi BN itu berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk pembangunan masyarakat India di negara ini termasuk menggubal Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia.

“Inisiatif (dalam pelan) itu termasuk berkaitan status kewarganegaraan, meluaskan peluang kemasukan ke universiti awam (UA), bantuan mikro kredit, bantuan untuk badan bukan kerajaan (NGO) dan pembangunan sosial masyarakat itu.

“Ia adalah pelan yang sangat komprehensif untuk membangunkan masyarakat India. Oleh itu, saya memohon mandat baharu daripada masyarakat India kerana kita memerlukan tempoh masa tertentu untuk membangunkan negara meliputi semua komuniti,” katanya pada sesi dialog dan minum petang bersama pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) India dan India Muslim di Seri Perdana, di sini, hari ini.

Turut hadir pada program yang dihadiri lebih 250 pemimpin NGO India dan India Muslim dari seluruh negara itu ialah Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Tan Sri Dr. K. Kenneth Eswaran dan Presiden Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim), Dhajudeen Shahul Hameed.

Semasa kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri, Najib berkata beliau turut mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa Kabinet ditubuhkan untuk menyelesaikan isu masyarakat India di negara ini.

“Buat kali pertama dalam sejarah negara telah ditubuhkan sebuah jawatankuasa Kabinet khas untuk masyarakat India,” katanya.

Memahami kehendak 600,000 masyarakat India Muslim di seluruh negara, Najib turut mengumumkan beberapa inisiatif untuk masyarakat itu.

Bagi menguruskan isu melibatkan masyarakat India Muslim, katanya seorang pegawai khas akan dilantik di bawah Pejabat Perdana Menteri selepas PRU14 yang bertanggungjawab khusus terhadap masyarakat itu.

“Pertamanya tentang urusan status Bumiputera terutamanya untuk urusan masuk ke unversiti awam, mungkin perkara ini begitu sukar untuk diatasi kerana ada sedikit kekangan.

“Tetapi saya akan bincang dengan pegawai dan kementerian berkenaan selepas PRU14 untuk mengatasi masalah kesukaran masyarakat India Muslim memasuki universiti awam,” katanya.

Najib turut mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk NGO India Muslim bagi tempoh dua tahun akan datang dan bantuan kewangan untuk membangunkan sebuah dewan atau kompleks untuk masyarakat itu.

Berhubung isu kesukaran mendapatkan pekerja asing terutamanya bagi restoran yang dibangkitkan oleh presiden MAICCI, perdana menteri Najib berkata satu model baharu perlu dibentuk bagi memastikan pengusaha tidak mengalami kekurangan pekerja di samping tidak meminggirkan pekerja tempatan.

“Mesti ada program untuk meningkatkan jumlah pekerja tempatan supaya kita tidak bergantung sepenuhnya pada pekerja asing. Kita perlu melihat keperluan jangka panjang dan situasi menang-menang,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hubungan Cinta Makin Goyah? Jom Baca Tips Ni…

Next Post

Bantuan Aidilfitri Kakitangan Awam Johor 28 Mei

Related Posts

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

Pertembungan UMNO, BN Dengan GRS Bukan Luar Biasa – Bung Moktar

15/06/2025
0

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah menyambut baik kenyataan pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menyatakan kesediaan mereka...

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

BN, PH Bentuk Kerjasama Antara Parti Pusat, Negeri Hadapi PRN Sabah – Zahid Hamidi

11/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Gabungan parti dalam kerajaan MADANI, khususnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), perlu disertai dengan kerjasama erat...

Next Post

Bantuan Aidilfitri Kakitangan Awam Johor 28 Mei

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd