• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanggup Berhabis Duit Demi Ayam Serama

oleh AK-47
17/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MINAT terhadap keunikan ayam serama sudah tersemai sejak di bangku sekolah, namun disebabkan kekangan kewangan ketika itu, Roslan Mohamad, 34, hanya mampu memelihara ayam katik.

Selepas mula bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, impian Roslan untuk memiliki ayam serama tercapai.

Roslan berkata, disebabkan terlalu meminati ayam serama, dia sudah membelanja wang lebih RM10,000 hanya untuk membeli unggas berkenaan daripada baka yang baik demi kepuasan dirinya.

“Ayam serama sangat manja dan jinak. Mana ada ayam sejinak ini. Saya mula memelihara haiwan ini sejak enam tahun lalu dan kini memiliki 70 hingga 80 ekor serama yang dipelihara di kawasan rumah.

“Ada sebahagian ayam serama yang dipelihara turut dijual kepada individu yang berminat, malah sebelum ini saya pernah dikunjungi individu dari Arab yang datang ke rumah untuk melihat dan membeli haiwan ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ayah kepada dua anak ini berkata, setiap kali menyertai pertandingan, dia perlu memilih ayam yang mempunyai potensi terbaik pada hari pertandingan kerana persembahan ayam di hadapan pengadil perlu diambil kira.

“Penjagaan ayam serama tidak begitu susah kerana haiwan ini menjadi binatang peliharaan kesayangan kami sekeluarga disebabkan ia begitu cantik serta jinak.

“Justeru, tidak hairanlah jika ayam serama menjadi pilihan ramai kerana selain daripada kecantikannya, unggas ini juga mempunyai harga tinggi jika dijual di pasaran.

“Saya pernah menerima tawaran daripada seorang individu yang mahu membeli serama jantan dengan harga RM5,000 tetapi saya enggan menjual kerana serama yang diberi nama ‘Sky War’ ini pernah menjuarai beberapa pertandingan yang diadakan selain terlalu sayangkannya.

Katanya, ayam serama mempunyai nilai komersial untuk dipertandingkan kerana mempunyai perwatakan menarik serta bentuk fizikal unik. Antara cirinya termasuklah dada lebih menonjol seperti seorang ratu atau raja. – Metro Online

Tags: ayam seramapertandingan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pecah Amanah Barang Kemas, Dipenjara Tiga Tahun

Next Post

Adam Corrie Tolak Tawaran Lakonan, Fokus Ibadat Puasa

Related Posts

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden, Timbalan

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden, Timbalan

14/01/2023
0

PAU 2022 | Perwakilan Umno hari ini meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti...

UMNO Berpecah Lagi Jika Ada Pertandingan – Nur Jazlan

UMNO Berpecah Lagi Jika Ada Pertandingan – Nur Jazlan

03/01/2023
1

JOHOR BAHRU : Ahli akar umbi UMNO tidak perlu menjadikan kegagalan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai...

Next Post

Adam Corrie Tolak Tawaran Lakonan, Fokus Ibadat Puasa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd