• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Ketua Setiausaha Negara Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Hashim Aman meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang mengesahkan perkara itu berkata Allahyarham merupakan seorang KSN yang dihormati ketika hayatnya.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang peramah dan mengambil berat serta sentiasa cuba meningkatkan mutu perkhidmatan awam ke arah yang lebih baik.

“Saya ingat lagi waktu saya menyertai kadet pegawai tadbir diplomatik (PTD) pada tahun 1980, arwah (Hashim) banyak memberi tunjuk ajar dalam tugas-tugas melibatkan PTD. Allahyarham seorang yang berpengalaman luas dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Hashim,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Saidina Umar al-Khattab di Bukit Damansara dan telah dikebumikan selepas solat Asar.

Allahyarham yang berusia 89 tahun, berkhidmat sebagai kakitangan awam selama hampir 27 tahun dan memegang pelbagai jawatan antaranya, Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan sebelum dilantik sebagai KSN pada tahun 1980 hingga 1984. – BERNAMA

Tags: meninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

Nur Izzati Humaira Ditemui Meninggal Dunia

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam dilaporkan ditemui...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd