• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas CEO AirAsia X Cedera Ketika Berbasikal

oleh Ahmad Albab
28/05/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad, Azran Osman Rani cedera selepas dilanggar sebuah kereta dipandu oleh seorang pelajar ketika mengayuh basikal di Jalan Duta, di sini hari ini.

Dalam kemalangan jam 8.55 pagi itu, Azran Osman, 47, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata siasatan awal mendapati kereta Proton Wira dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun yang ketika itu berada di lorong kiri menuju Jalan Kuching telah mengubah haluan dengan masuk ke susur kiri menghala ke Damansara.

“Pelajar berkenaan tidak perasan basikal mangsa berada di hadapan sebelum terlanggar pada bahagian belakang basikal tersebut. Pelanggaran itu menyebabkan, mangsa tercampak ke atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan berbahaya. – BERNAMA

Tags: Berbasikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bella Dally Mohon Maaf

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran...

Artis Wanita Ditahan Akibat Berbasikal Rentas Negeri

21/10/2020
0

GOMBAK - Tindakan seorang pelakon wanita bersama rakannya berbasikal merentasi sempadan di Jalan Gombak Lama ke arah Genting Sempah, pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd