• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Bahan Makanan Musim Perayaan Cukup

oleh Ahmad Albab
30/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi jaminan bekalan bahan makanan utama untuk kegunaan sepanjang Ramadan sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah mencukupi.

Menterinya, Salahuddin Ayub berkata perancangan bagi menjamin bekalan bahan makanan utama seperti daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan mencukupi bagi menghadapi musim perayaan telah dibuat oleh MOA sejak tiga bulan lepas.

“MOA telah mengambil langkah proaktif memastikan bekalan mencukupi melalui meningkatkan pengeluaran tempatan dan menambahkan kuota import bagi beberapa makanan terpilih serta melaksanakan sekatan eksport ikan ke luar negara,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tempoh sebulan musim perayaan sempena Ramadan dan Aidil Fitri, MOA menganggarkan jumlah pengeluaran bahan-bahan utama makanan seperti daging lembu (tempatan dan import) adalah sebanyak 49,733 tan metrik, ayam (tempatan) 351,046 tan metrik, telur ayam 2,808 juta biji, dan kobis bulat 15,000 tan metrik manakala ikan (pelbagai spesis) sebanyak 108,500 tan metrik.

Salahuddin berkata kadar harga jualan di pasar khususnya di pasar tani sepatutnya berpatutan walaupun berlaku peningkatan permintaan semasa musim perayan ini.

Katanya, sekiranya berlaku bekalan yang tidak mencukupi dan wujudnya peningkatan harga, pengguna dinasihatkan supaya melaporkan kepada MOA dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Penguatkuasaan akan dipertingkatkan dengan kerjasama KPDNKK bagi memastikan tiada unsur pencatutan dan peniaga meletakkan tanda harga pada barangan yang dijual,” tambah beliau.

Sebagai rujukan, pengguna juga boleh menggunakan aplikasi MyHarga Tani dan Go Pasar Tani oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta Price Catcher oleh KPDNKK bagi mendapatkan maklumat dan membuat perbandingan harga. – BERNAMA

Tags: MOASalahuddin Ayub
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sagu Hati RM500 Kepada Penjawat Awam Kelantan

Next Post

Video: Belasah Cashier Lepas Tak Dapat Berhutang

Related Posts

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

KSN Sayu, Mesyuarat Kabinet Tanpa Salahuddin

25/07/2023
0

PUTRAJAYA : Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, menyifatkan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung di Perdana Putra di...

Salahuddin Meninggal Dunia

Salahuddin Meninggal Dunia

23/07/2023
0

Alor Setar: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub meninggal dunia pada jam 9.23...

Next Post

Video: Belasah Cashier Lepas Tak Dapat Berhutang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd