• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Bahan Makanan Cukup Untuk Hari Raya

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Semua langkah yang sepatutnya telah diambil bagi memastikan tidak berlaku kekurangan bekalan bahan makanan utama dalam pasaran ketika sambutan perayaan Hari Raya dan Kaamatan nanti.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Labuan telah memantau dan memeriksa semua pemborong utama barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung gandum di peruncit utama terpilih, termasuk pasar raya di sini.

Ketua penguatkuasanya, Mohd Fikri Lai Abdullah berkata banyak stok bahan-bahan utama telah disimpan di gudang.

“Langkah ini akan mengelak berlakunya kekurangan bekalan bahan penting ketika musim perayaan.

“Stok gula, minyak masak dan tepung gandum adalah mencukupi bagi menampung peningkatan permintaan sempena musim perayaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata bahan-bahan utama itu akan dijual pada harga terkawal menjelang musim perayaan bagi membantu beban kewangan dan kos sara hidup.

Fikri berkata pihak pemborong akan menerima bekalan tambahan sebelum akhir bulan ini termasuk 120,000 kg gula, 28,050 kg minyak masak dan 11,500 kg tepung gandum.

“Pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan bukan sahaja pada barang kawalan tetapi juga semua barangan berkaitan bagi memastikan tidak berlaku kekurangan bekalan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hari Rayamakanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd