Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Ambil Kira Juga Kebajikan...

IPOH - Pakej perkhidmatan dan program kebajikan yang dirangka untuk anggota bomba perlu...

Puncak Bukit Lojing Gondol

GUA MUSANG - Perjalanan di Lebuhraya Central Spine Road (CSR) dari Cameron Highlands...

Tak Perlu Buka Mulut,...

WALAUPUN membintangi drama Nur bersama, aktres Amyra Rosli tidak sama sekali mahu mengulas...

Mat Yo Gagal Ambil...

Ekoran kegagalan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurkan sepakan...

Bayi Baru Lahir Dibuang Di Padang Permainan…

RENTETAN perlakuan seks bebas dalam kalangan masyarakat, maka lahir pula satu masalah yang kini meruncing iaitu kes pembuangan bayi.

Terbaharu, seorang bayi lelaki seberat 3.22 kilogram ditemui menangis di sebuah padang permainan tengah hari tadi.

Bayi yang baru dilahirkan itu ditemui orang awam dalam keadaan masih bertali pusat dan uri di dalam balutan kain pelikat di padang permainan berhampiran Dewan Komuniti Taman Sri Andalas, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan penemuan bayi berkenaan pada jam 12.38 tengah hari.

“Bayi baru dilahirkan ditinggalkan dalam balutan kain pelikat, masih bertali pusat dan uri. Status bangsanya masih belum dikenal pasti.

“Bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan disahkan berada dalam keadaan sihat,” katanya memetik sebuah portal berita tempatan


Shamsul meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori