• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa ‘Kantoi’ Curang Ketika Anak Sedang Sakit

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PALEMBANG – Hati isteri mana tidak hancur apabila mengetahui suami tercinta curang di saat anak sedang menderita sakit.

Itulah yang terjadi kepada seorang ibu muda di Kelurahan Siring Agung, Palembang yang menemukan si suami sedang asyik memadu kasih di sebuah rumah tumpangan bersama seorang wanita lain.

Menurut si isteri, dia sudah lama mengesyaki kecurangan si suami namun tidak mempunyai bukti kukuh.

“Saya sudah lama curiga dengan kelakuan suami saya bersama wanita tersebut, sejak anak kami berusia setahun dan sekarang sudah terbukti,” ujar si isteri.

‘Skandal cinta’ si suami terbongkar apabila si isteri mencarinya setelah beberapa hari tidak pulang ke rumah mereka di Kabupaten Ogan Komering Ilir (OKI), Sumatera Selatan.

Melalui maklumat diterima, si isteri menjejaki suaminya dan menemui pasangan kekasih tersebut di sebuah rumah tumpangan.

“Saya menemukan mereka sedang bermesra di dalam sebuah bilik, hancur hati saya memikirkan suami sanggup berlaku curang di waktu anak kami sedang sakit dan rindukan ayahnya.”

Sementara itu, kekasih si suami mengatakan lelaki berkenaan mengaku bujang sepanjang perkenalan mereka yang bermula di tempat kerja.

Pegawai Unit Penyiasatan Jenayah Polis Palembang, Yon Edi Winara mengesahkan kedua-duanya telah ditahan bagi siasatan lanjut. – Bangkapos

Sumber: Sinar Harian

Tags: kantoi curang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Zina Dengan Lelaki Lain, Suami Sebat Isteri 100 Kali

25/03/2018
0

PADAH curang dan mengkianati pasangannya, tangan seorang wanita diikat dengan tali yang digantung pada pokok sebelum disebat 100 kali di hadapan...

Kerana Jari, Kapal Terbang Terpaksa Mendarat

07/11/2017
0

NEW DELHI - Sebuah kapal terbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan gara-gara seorang wanita mengamuk sakan setelah mendapat tahu suaminya bermain kayu tiga....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd