• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantu Rakan Dalam Parti Komponen BN Menang PRU14

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu semua anggota komponen parti dalam Barisan Nasional (BN) membantu dan memenangkan calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Mengambil contoh kerusi Parlimen Seremban yang ditandingi Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon, beliau mahu semua parti termasuk UMNO untuk berusaha memenanginya memandangkan BN berpeluang besar untuk merampas kembali kerusi berkenaan.

“Dalam semangat BN, ada calon daripada UMNO, MCA, MIC, Gerakan, Sabah dan Sarawak. Di Perak, saya ada pengundi Cina dan India tetapi UMNO yang bertanding tetapi kawan dalam parti kita yang membantu.

“Oleh itu, calon UMNO tak boleh dibiarkan sendirian dan begitu juga dengan calon MCA jangan kita biar ketinggalan,” katanya dalam ucapan di Majlis Bersama Pemimpin di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, Chong serta calon-calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Ampangan, Temiang, Nilai, Lobak dan Lenggeng.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata semangat kerjasama jitu itulah yang ingin dicapai dalam parti bagi memastikan gabungan itu terus melakar kejayaan.

Sementara itu, beliau mahu kerusi Parlimen Seremban dirampas kembali pada PRU14.

“Syamsul (Amri Ismail-calon DUN Sikamat) bantu Ah Chong kerana beliau saya tengok mempunyai material sebagai menteri dan dia mempunyai keberanian luar biasa (untuk berdepan dengan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook). Jangan biarkan Ah Chong seorang diri.

“Walaupun dia menjadi senator dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pendidikan, saya selalu memantau dia… Ah Chong adalah antara timbalan menteri yang berprestasi tinggi di Dewan Rakyat. Kalau sebelum ini orang menyatakan bahawa dia masuk ikut pintu belakang (menjadi timbalan menteri), kalau dah dia berprestasi tinggi berilah Ah Chong masuk ikut pintu depan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden berkata Chong selain berpotensi merampas kembali Parlimen Seremban daripada DAP, juga berpotensi menjadi Presiden MCA.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mahu permasalahan dalaman dihentikan dengan segera sebelum hari pengundian 9 Mei ini.

“Ketepikan perbezaan antara parti kerana ini yang akan membantu kemenangan BN,” katanya.

Pada majlis yang dihadiri lebih 1,500 itu, Ahmad Zahid turut meluluskan permohonan Mohamad supaya sebuah masjid dibina di Taman Warisan Puteri, Sikamat dekat sini.

Mohamad dalam ucapannya memohon agar sebuah masjid dibina di Taman Warisan Puteri dengan kos RM5 juta. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid HamidiPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd