• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azrinaz Bertemu Jodoh Dengan Rakan Lama

oleh AK-47
05/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS pembaca berita TV3, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar mengumumkan menerusi laman Instagram bahawa beliau sudah selamat mendirikan rumahtangga bersama pilihan hatinya.

Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini turut memaklumkan bahawa suaminya kini merupakan teman lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid.

Pasangan itu melangsungkan pernikahan dalam majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Azrinaz di Kuala Lumpur pada 1 Mei lalu. Suami Azrinaz iaitu Fairos juga merupakan teman lama yang sudah dikenali sejak 20 tahun lalu tetapi kembali menjalin hubungan setahun lalu.

Bismillahirrahmanirrahim. Dikesempatan ini saya mengumumkan pada 1 May lalu bersamaan 15 Syaaban 1439H jatuh pada hari Nisfu Syaaban, saya telah selamat diijabkabulkan bersama sahabat yang dikenali sejak 20 tahun lalu dan hanya menjalinkan hubungan rapat setahun lepas • Setelah mengenali hati budi, pasangan bujang bernama Fairos Khan Abdul Hamid menjadi ‘mangsa’ Beliau yang memahami rentak kehidupan dan kehendak saya berlatarbelakangkan TV penyiaran sebagai pekerjaan • Majlis diadakan di kediaman pengantin perempuan secara tertutup dihadiri keluarga terdekat dinikahkan oleh ketua Pendaftar nikah, cerai dan rujuk Jawi Wilayah Persekutuan, Ustaz Hazman Hashim berwalikan bapa saya. Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua • Tidak pernah sesaat sekalipun saya melupakan atau akan melupakan kedua-dua anakanda saya. Malah jika diberi peluang dan kesempatan, tanggungjawab dan kasih sayang sebagai ibu sentiasa sedia dicurahkan • Bukan material yang dicari, cukuplah seorang insan yang dapat membimbing, menemani, menyayangi, menghargai, menghormati dan menyanjungi diri ini dikala susah senang, cerdas dan sakit, sewaktu kepala masih diliputi rambut mahupun sehelai dua • Kami bukanlah sempurna, dengan ketidaksempurnaan inilah yang melengkapi kami berdua. Dari lubuk hati, maaf dipohon, 10 jari disusun kerana berita ini tidak dikongsi dengan rakan2 media terlebih dahulu mahupun sahabat handai • Biarlah penyatuan ini selamat selesai semuanya sebelum hebahan tiada kena mengena semata-mata. Hubungan yang terjalin ini saya memilih cara lebih ‘privacy’ begitu juga dalam melayari alam rumahtangga nanti • Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya segala usaha telah dipermudahkan dalam setiap perancangan yang hanya memakan masa 2 bulan • Akhir kata, tiada siapa yang lebih pakar, lebih pintar, lebih arif, lebih mahir dalam masa depan seseorang. Terimalah ketentuan jodoh seperti yang telah ditentukan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui. Assalammualaikum 🤵🏻 👰🏻

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on May 4, 2018 at 5:21am PDT

Turut meraikan. Family that matters

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on May 5, 2018 at 5:43am PDT

“Dengan pernikahan ini, saya berharap semua pihak berilah ruang untuk memahami naluri saya yang juga manusia biasa mempunyai kehendak dan perasaan. Izinkan saya untuk hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi meniti hari tua,” kongsinya.

Selain itu dia turut memohon maaf kerana tidak berkongsikan berita tentang perkahwinannya itu terlebih dahulu selain turut menjelaskan bahawa dia mahukan privasi di dalam melayari bahtera rumah tangga.

Tahniah buat Azrinaz dan Fairos, semoga berbahagia ke anak cucu! – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azrinaz Mazhar Hakimkahwin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PAS Kini Hilang Aura Nik Aziz – Tengku Razaleigh

Next Post

7 Laporan Polis Berkaitan Kesalahan Pilihan Raya Di Miri

Related Posts

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

Salah Saya? Sudah Berbulan Nikah Kan?- Puteri Sarah

06/01/2023
0

PETALING JAYA: Melayangkan ucapan tahniah kepada suaminya, Syamsul Yusof yang membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar, hari ini, Puteri...

Next Post

7 Laporan Polis Berkaitan Kesalahan Pilihan Raya Di Miri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd