• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Apa Jua Keputusan, Anuar Zain Tetap Sokong Ziana

oleh
01/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIAR apa jua keputusan yang dibuat penyanyi, Ziana Zain, adiknya iaitu Anuar Zain tetap berpegang kepada pendiriannya akan terus memberi sokongan penuh terhadap wanita itu.

Anuar berkata, hanya mereka sekeluarga yang tahu apa telah terjadi dan apa sahaja yang akan berlaku nanti dirinya sebagai adik akan sentiasa menyokong.

Pun begitu, Anuar yang cukup dikatakan enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut kerana kes berkenaan sedang dibicarakan di mahkamah.

“Walaupun saya keluarga dia, tetapi untuk mengulas lanjut saya tidak mahu kata apa-apa. Sebab saya takut nanti akan menimbulkan prejudis kepada mana-mana pihak memandangkan hal ini menjadi kes mahkamah.

“Jadi sebarang keputusan yang berlaku nanti, kita tunggu sahajalah. Saya perlu memainkan peranan untuk tidak memberi apa-apa komen demi melindungi dia dan keluarga, termasuk abang ipar,” katanya dipetik sebuah portal hiburan.

Itulah respon daripada Anuar apabila ditanya mengenai kemelut yang melanda rumah tangga Ziana dan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri baru-baru ini.

Ditanya mengenai kenyataan Ziana yang mengakui bahawa hidupnya kini bahagia, Anuar meluahkan rasa syukur berhubung hal berkenaan.

“Alhamdulillah. Saya bersetuju dengan perkara itu kerana hidupnya sekarang sangatgembira,” ujar Anuar ringkas.

Kemelut rumah tangga Ziana dan Armin menjadi bualan hangat netizen selepas suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya sehingga luka lebam pada 25 Februari lalu.

Bagaimanapun, Ziana lebih selesa mengambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu.

Malah di saat orang ramai terkejut berhubung perkara tersebut, diva pop tersebut pula hanya berdiam tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Anuar ZainZiana Zain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

‘Scammer’ Menyamar Anuar Zain

13/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi Anuar Zain memberi amaran kepada peminat supaya tidak mudah terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya. IKUTI...

“Satu Lagi Tohmahan Jahat Terhadap Saya Terjawab” – Najib

06/04/2021
0

SHAH ALAM - “Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd