• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anthony Loke Dinamakan Menteri Pengangkutan

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook hari ini dinamakan sebagai Menteri Pengangkutan dalam Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Loke, 41, mula menyertai DAP pada 1994 sebagai anggota biasa dan pernah memegang jawatan Ketua Pemuda DAP (DAPSY) sebelum kerjayanya terus menyinar sehingga dipilih sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan pada 2004 hingga sekarang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) 2004, beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Lobak dan kemudian dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Politik DAP untuk penggal 2004-2007 serta memenangi jawatan Anggota Pusat Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP.

Kerjaya politik Loke kian menyinar apabila pada PRU12 pada 2008, beliau mempertahankan kerusi DUN Lobak buat penggal kedua dan memenangi kerusi Parlimen Rasah selain menang pemilihan parti sebagai anggota CEC bagi penggal 2008-2011 dan dilantik sebagai Setiausaha Biro Pendidikan Politik DAP.

Pada 2012, beliau sekali lagi mengekalkan anggota CEC DAP bagi penggal 2012-2015 dan dipilih sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan menganggotai Biro Pakatan Rakyat mewakili DAP.

Pada PRU13, pada 2013, Loke bertukar kerusi ke Parlimen Seremban serta DUN Chennah di Jelebu dan telah memenangi kedua-dua kerusi berkenaan.

Pada pemilihan parti September 2013, beliau mengekalkan jawatan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan anggota CEC serta dilantik sebagai anggota Biro Pilihan Raya DAP dan Biro Pakatan Rakyat DAP.

Pada PRU14, 9 Mei lalu, Loke mempertahankan kerusi Parlimen Seremban dengan majoriti 30,694 undi dan DUN Chennah dengan majoriti 1,155 undi buat penggal kedua.

Dilahirkan di Seremban pada 28 April 1977, beliau mendapat pendidikan awal sehingga menengah di St. Paul’s Institution di sini sebelum masuk ke Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan.

Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk program Ijazah Pembangunan Sains dan kemudian sarjana dalam Pentadbiran Awam dari Universiti Malaya (UM). – BERNAMA

Tags: Anthony Loke
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

Loke Saran PRU16 Parlimen, DUN Diadakan Serentak Seluruh Semenanjung

21/09/2025
0

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyarankan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) membabitkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri...

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

‘Saya Malas Layan MCA’ – Anthony Loke

13/07/2025
0

SEREMBAN - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook enggan melayan kenyataan MCA yang mendakwa DAP mengkhianati mandat pengundi Cina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd