• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Perhilitan Pantau Pergerakan Gajah Liar

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menempatkan sepasukan anggotanya di Kampung Meranto di sini bagi memantau pergerakan seekor gajah liar yang dipercayai memusnahkan sangkar ikan dan tanaman penduduk kampung minggu lepas.

Pengarahnya Mohd Hasdi Hussin berkata jabatan itu sedang mengatur operasi bagi menangkap gajah berkenaan daripada terus merosakkan harta benda penduduk di kampung tersebut.

“Kita percaya gajah itu mungkin tersesat daripada kumpulannya sebelum masuk ke kampung itu dan memusnahkan harta benda penduduk.

“Selepas kita menerima laporan itu seminggu lepas, hampir setiap malam pegawai dan anggota kita melakukan pemantauan dan berdasarkan kepada keadaan di situ memang ada seekor gajah liar di kawasan terbabit yang bersembunyi di hutan berdekatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada 18 Mei lepas, seorang penduduk Che Ariffin Husain, 63, mengadu kerugian lebih RM10,000 apabila lapan kolam ikan bersama tanaman pisang dan kelapa di kawasan seluas 1.6 hektar dimusnahkan gajah terbabit.

Berikutan itu, penduduk Kampung Meranto takut untuk keluar menoreh getah kerana bimbang dengan keselamatan memandangkan gajah liar terbabit masih ada di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: Gajah Liar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

Gajah Liar Musnah Tanaman Ditangkap

21/03/2023
0

GERIK – Seekor gajah liar yang menimbulkan kebimbangan penduduk dan merosakkan tanaman di Kampung Durian Burung, Bongor di sini akhirnya...

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

Gajah Liar ‘Ceroboh’ Kampung Musnahkan Tanaman Penduduk

03/02/2023
0

GUA MUSANG: Lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis di sini hidup dalam ketakutan selepas seekor gajah liar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd