Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

India Lancar Operasi Kereta...

NEW DELHI - India secara rasmi melancarkan perkhidmatan kereta api tanpa pemandu yang...

PMKS Boleh Tangguh Laksana...

ALOR SETAR - Kerajaan memberikan kelonggaran kepada majikan usahawan perusahaan mikro kecil dan...

Video: Iklan Merdeka DiGi...

SETIAP kali menjelang kemerdekaan, pasti ramai yang menunggu iklan menarik untuk ditonton dan dikongsikan...

Anwar Guna Talian Hayat-Dapatkan...

KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Anak Pemandu Bas Muslim Dilantik Jadi Menteri UK

UNIK… Di sebalik gerakan anti-Islam dan penularan Islamophobia, Britain melakar sejarah apabila melantik seorang Muslim dari benua Asia yang pertama sebagai anggota jemaah Kabinet kelmarin.

Media tempatan melaporkan, Perdana Menteri Britain, Theresa May mula melantik Sajid Javid iaitu anak lelaki kepada seorang pemandu bas berketurunan Pakistan sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu pada 30 April lalu.

Ia berikutan peletakan jawatan Amber Augusta Rudd, seorang menteri wanita yang berkhidmat hanya dua tahun, sekali gus menyaksikan Javid kemudian diumum pula sebagai pengganti dalam satu rombakan kecil Kabinet Britain.

Menurut laporan media, bapa Javid tiba di Britain pada 1961 lalu dengan cuma ada wang £1 dalam kocek seluarnya. Javid, yang memiliki lima adik-beradik; dilahirkan di Littleborough, Lincolnshire di barat daya England pada 1969.

Kerjaya beliau meningkat pantas selepas kali pertama menjadi ahli parlimen Bromsgrove pada 2010 apabila dilantik sebagai Setiausaha Ekonomi di Pejabat Perbendaharaan ketika era pentadbiran perdana menteri, David Cameron.

Sajid Javid bersama isteri dan empat anaknya. – Gambar hiasan

Baca: Rahsia Liverpool Menang, Solat Sebelum Turun Padang

Juga: Rakyat Britain Semakin Ramai ‘Meluat’ Orang Yahudi

Serta: Duta Britain Ke Arab Saudi Sah Peluk Islam, Tunai Haji

Majalah antarabangsa terkenal Forbes edisi Julai 2014 menyamakan karier politik Javid seperti gaya bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama dan meramalkan bakal menjadi perdana menteri Britain pada masa depan.


Pelantikan Javid mencipta sejarah parti pemerintah Konservatif dalam tempoh 48 tahun dan May ketika mengulas isu itu menyatakan tokoh perbankan tersebut dipilih kerana prestasi rekod pengalaman cemerlang dalam Kabinet.

Javid pernah bertugas dalam pelbagai firma perbankan ternama di AS, Afrika Selatan dan Singapura sebelum sertai politik sepenuh masa pada 2009; meskipun ketika itu gaji tahunannya agak lumayan iaitu £3 juta (RM16 juta).

Berita tersebut menggemparkan bukan sahaja Britain malah dunia Barat kerana menggambarkan keterbukaan dasar May terhadap pengaruh komuniti Islam, agama kedua terbesar di negara Eropah itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori