• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aminuddin Umum Portfolio Untuk 10 Exco

oleh Ahmad Albab
24/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun hari ini mengumumkan 15 portfolio yang diwujudkan bagi memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dapat dilaksanakan dan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Aminuddin berkata beliau akan memegang lima portfolio iaitu Kewangan, Tanah dan Sumber Alam; Agama Islam; Keselamatan; Pelancongan; serta Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Portfolio lain iaitu Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru dipegang oleh Teo Kok Seong; Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan (Dr Mohamad Rafie Ab Malek); Pembangunan Belia dan Sukan (Mohamad Taufek Abd Ghani); Pembangunan Luar Bandar (Ismail Ahmad) dan Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam (J. Arul Kumar).

Portfolio Pertanian dan Industri Asas Tani (Bakri Sawir); Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan (S. Veerapan); Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu (Mohamad Nazaruddin Sabtu); Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan (Nicole Tan Lee Koon); dan Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional (Choo Ken Hwa).

Dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kali pertama, Aminuddin berkata kesemua Exco yang dilantik dipilih berdasarkan kriteria seperti pengalaman dan kebolehan melaksanakan tanggungjawab, bagi memastikan Negeri Sembilan dapat ditadbir dalam suasana harmoni.

“Kita juga telah minta supaya semua Exco menyiapkan visi dan misi untuk mereka melaksanakan tugas dengan seberapa segera,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri mungkin akan memohon peruntukan tambahan untuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang baru dilantik, bagi memastikan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

“Peruntukan ADUN bagi tahun ini hanya tinggal lebih kurang RM1 juta lebih sahaja, dan kerajaan negeri memandang serius perkara ini.

“Kami dapati hampir 80 peratus peruntukan untuk ADUN dan Exco telah dibelanjakan setakat empat bulan pertama tahun ini,” katanya.

Aminuddin berkata untuk tahun ini, setiap ADUN diperuntukkan bajet RM350,000 dan bagi mereka yang memegang jawatan Exco, sebanyak RM400,000 diperuntukkan seorang.

Dalam pada itu, beliau berkata tarikh bagi persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melantik Speaker dan angkat sumpah semua anggota dewan, belum ditetapkan lagi. – BERNAMA

Tags: Aminuddin HarunNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

Jalaluddin Alias Hadir Istiadat Angkat Sumpah 10 EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias hadir menyaksikan Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah...

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

BERSIH Muncul Kritik Jawatan Timbalan Exco Negeri Sembilan

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kembali menjadi perhatian apabila muncul mempersoalkan cadangan mewujudkan jawatan Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd