• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al-Sisi Arah Buka Sempadan Rafah Sepanjang Ramadan

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi hari ini mengarahkan lintasan sempadan Rafah dengan Semenanjung Gaza dibuka sepanjang Ramadan, katanya di akaun rasmi Twitter.

Sempadan dengan wilayah Palestin itu biasanya ditutup tetapi dibuka pada waktu yang ditetapkan, menjadikan ia paling lama dibuka sepanjang tahun ini.

Kata al-Sisi di Twitter, pembukaan sempadan itu akan ‘mengurangkan beban saudara seagama di Gaza’.

Isnin lalu, tentera Israel membunuh berpuluh-puluh rakyat Palestin yang membantah di sempadan Gaza ketika Amerika Syarikat membuka kedutaannya di Baitulmaqdis, memindahkan misi diplomatiknya ke ke bandar suci di Israel dari Tel Aviv.

Kumpulan Hamas mengawal Gaza, tetapi tidak termasuk lintasan penting seperti Rafah dengan Mesir dan Erez dengan Israel. Ia menyerahkan kawalan sempadan berkenaan akhir tahun lalu kepada pesaingnya, Pihak Berkuasa Palestin yang berpangkalan di Tebing Barat, dalam perjanjian kesepakatan yang ditandatangani di Kaherah.

Mesir menutup sempadan untuk tempoh yang lama selepas serangan ke atas pasukan keselamatan Mesir di Semenanjung Sinai meningkat pada 2013. – Reuters/BH ONLINE

Tags: MesirPintu Sempadan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd