• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Beseri Akur Raja Perlis Lantik Azlan Sebagai MB

oleh Ahmad Albab
27/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Ruzaini Rais, akur dengan keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail melantik ADUN Bintong, Datuk Seri Azlan Man, sebagai menteri besar negeri ini.

Ruzaini, seorang daripada ADUN Barisan Nasional (BN) yang tidak hadir pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Arau pada Khamis lepas, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Namun, katanya, kemelut itu akan berakhir dalam masa terdekat.

“Saya tak mahu komen lagi… dalam bulan puasa ni, sesuailah minta ampun dan maaf. Kesetiaan kita kepada Raja (Perlis) tidak berbelah bahagi,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Beseri dekat sini, hari ini.

Beliau juga menolak kemungkinan berlakunya pilihan raya negeri kerana BN memperoleh majoriti besar di Perlis iaitu 10 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada Khamis, seramai sembilan ADUN BN tidak hadir pada istiadat itu sebaliknya tiga ADUN Pakatan Harapan dan dua ADUN PAS menghadirinya.

Ketidakhadiran kesemua ADUN BN itu telah membangkitkan kemurkaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd