• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abu Kassim Enggan Ulas Dilantik Jadi KP SPRM

oleh Ahmad Albab
17/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Kehadiran Abu Kassim di premis berkenaan yang dilihat memasuki bangunan pada kira-kira 8.30 pagi menimbulkan teka-teki sama ada ia mempunyai kaitan untuk melantiknya semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Ia susulan penamatan perkhidmatan penggantinya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 14 Mei lepas.

Dzulkifli, 50, pegawai undang-undang Jabatan Peguam Negara, yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM mulai 1 Ogos 2016 hingga 31 Julai 2021 secara pertukaran sementara, kini kembali bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Tanpa menghuraikan pertemuannya dengan Mahathir, Abu Kassim yang ditemui media selepas pertemuan itu berkata: “Saya hanya nyatakan pandangan saya mengenai beberapa perkara tertentu yang Tun Mahathir rasakan dia perlu tahu”.

Ditanya sama ada pertemuan lebih sejam itu berkaitan pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abu Kassim berkata: “Saya tidak mahu bercakap mengenai perkara itu. Biar Perdana Menteri buat pengumuman”.

Mahathir dalam satu sidang media semalam berkata beberapa kedudukan dalam kerajaan termasuk Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum pelantikan dapat dibuat. – BERNAMA

Tags: SPRMTan Sri Abu Kassim MohamedTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd