Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Subsidi Haji Bersasar Adil,...

PETALING JAYA : Pelaksanaan subsidi haji secara bersasar dilihat pendekatan wajar oleh Lembaga...

Penduduk Kampung Rambai Gempar...

Oleh Mohd Noor Firdaus Mohd AzilTANAH MERAH (Bernama) -- Penduduk Kampung Rambai di...

Jangan Benar Agenda Mahathir...

BENTONG - Rakyat tidak boleh membenarkan agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad merampas...

Akhirnya Muhyiddin Nampak Macam...

KASIHAN. Kasihan. Kasihan. Itulah perasaan yang saya ingin kongsikan apabila mengenang nasib bekas...

81 Wartawan Maut Semasa Bertugas Tahun Lalu

KUALA LUMPUR – Petugas media di seluruh negara diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam bekerja kerana tugas mereka adalah untuk mendapatkan berita, bukan menjadi bahan berita.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, wartawan, jurugambar dan jurukamera tidak mampu menyampaikan berita jika tugas mereka berakhir dengan tragis.

“Menurut Persekutuan Wartawan Antarabangsa, sekurang-kurangnya 81 wartawan kehilangan nyawa ketika bertugas sepanjang 2017, manakala 262 wartawan lain telah dipenjarakan pada tahun yang sama.

“Selepas kejadian meragut nyawa jurukamera Bernama TV di Somalia tahun 2011, kita masih dapat lihat profesional media dihantar ke tugasan berisiko dan berbahaya tanpa peralatan perlindungan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lam Thye berkata, antara situasi yang menimbulkan kebimbangan ialah wartawan, jurugambar dan jurukamera terdedah kepada bahan kimia beracun VX dalam kes pembunuhan individu berprofil tinggi dari Korea Utara tahun lepas.


Menurut beliau, perkara itu eharusnya membuka mata organisasi media mengenai kekurangan perlindungan yang diberikan kepada kakitangan mereka.

“Kakitangan media juga boleh terdedah kepada penyakit dan ancaman alam sekitar yang lain ketika membuat liputan bencana alam dan wabak penyakit manakala mereka yang dihantar ke zon perang dan konflik mungkin tercedera atau terbunuh,” kata beliau. – MYNEWSHUB.CC

Kategori