• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 ADUN BN Sertai Warisan, Bentuk Kerajaan Sabah

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU — Enam Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah hari ini menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) dan seterusnya membantu Warisan membentuk kerajaan negeri.

Empat daripada mereka adalah ADUN UMNO iaitu Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung) dan Jamawi Jaafar (Kemabon).

Dua lagi ADUN adalah dari Pertubuhan Pasokmmogun Kadazandusun Murut Bersatu ( UPKO) iaitu Ewon Benedict (Kadamaian) dan Datuk Abidin Madingkir ADUN Paginatan.

Ketika mengesahkan perkara itu, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kesemua enam ADUN berkenaan menyertai atau bergabung dengan Warisan tanpa paksaan.

“Dengan itu kini jumlah kerusi Warisan dengan Pakatan Harapan adalah 29 kerusi dan ditambah kemasukan enam lagi ADUN ini mencukupi (membentuk kerajaan negeri),” katanya kepada pemberita di sini.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan lima daripada ADUN berkenaan, kecuali Osman.

Mohd Shafie berkata Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiyuddin turut maklum berhubung jumlah kerusi yang melayakkan Warisan bersama DAP, PKR dan UPKO untuk membentuk kerajaan negeri.

“Tun sendiri telah memanggil individu terbabit dan bertanya sendiri dengan mereka sama ada untuk menyokong parti (Warisan),” katanya sekali gus memberikannya laluan untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri.

Beliau turut berharap perkara itu dapat dihormati semua pihak kerana proses membentuk kerajaan negeri pimpinan Warisan itu adalah mematuhi undang-undang.

Katanya lagi, di peringkat negeri Sabah banyak proses seperti itu telah berlaku (peralihan demi peralihan) untuk membentuk kerajaan.

“Misalnya apabila UMNO mengambil kuasa (peralihan kuasa) daripada Parti Bersatu Sabah pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (PBS tidak mencukupi jumlah kerusi untuk bentuk kerajaan), saya sendiri menghantar surat (UMNO mempunyai cukup jumlah kerusi) kepada Yang Dipertua Negeri Sabah ketika itu.” – BERNAMA

Tags: Shafie Apdalwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rakyat Yakin Malaysia Kembali Disanjung

Next Post

PRU14: Penyokong PH Rai Kemenangan Di Putrajaya

Related Posts

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Next Post

PRU14: Penyokong PH Rai Kemenangan Di Putrajaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd