• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lelaki Aktif Mengedar Dadah Di Kemaman Ditahan

oleh Ahmad Albab
20/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Polis menahan lima lelaki berumur antara 25 dan 41 tahun kerana disyaki aktif mengedar dadah sejak awal tahun ini, di sebuah rumah di Kampung Mak Chili Paya, pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata dalam serbuan itu pihaknya turut menjumpai satu beg kecil berzip bercorak biru dan merah jambu yang mengandungi 190 biji pil yaba serta serbuk dan ketulan kristal disyaki jenis syabu pada badan seorang daripada suspek berumur 36 tahun.

“Dalam serbuan tersebut pihak polis turut merampas pelbagai jenis dadah, sebuah motosikal jenis Yamaha Nouvo LC dan sebuah kereta jenis Toyota Wish, kesemuanya bernilai RM60,860,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini hari ini.

Selain itu, pihaknya juga merampas alat menagih serta alatan pembungkusan dadah seperti peket plastik kosong, pemetik api dan penimbang digital di dalam sebuah bilik di rumah tersebut.

Beliau berkata ujian saringan air kencing mendapati empat daripada suspek positif dadah dan suspek berumur 36 tahun itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

Katanya hasil soal siasat terhadap kesemua suspek mendapati mereka akan ke Pengerang, Johor seminggu sekali bagi mendapatkan bekalan dadah untuk tujuan pasaran.

Kelima-lima suspek direman tujuh hari mulai 18 Mei bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A ADB 1952 dan Seksyen 12(2)/12(3) ADB 1952. – BERNAMA

Tags: Edar Dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

Bekas Sarjan Mejar Diarah Bela Diri Tuduhan Edar Dadah

30/07/2025
0

SEREMBAN - Mahkamah Tinggi di sini mengarahkan seorang pesara polis berpangkat Sarjan Mejar membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd