• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Kedai Kebakaran Awal Pagi Di Jalan Dhoby

oleh Ahmad Albab
14/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Perniagaan di lima kedai termasuk dua cafe di Jalan Dhoby di sini terjejas apabila kebakaran awal pagi tadi hampir memusnahkan kelima-lima premis perniagaan itu.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Pegawai Bomba Kanan II Kilok Lampas berkata kebakaran itu menyebabkan tiga daripada lima premis dua tingkat itu terbakar 100 peratus pada bahagian atas dan 30 peratus di bahagian bawah manakala dua lagi hanya terbakar kira-kira lima peratus pada bahagian atas.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu daripada orang awam pada 5.30 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kilok berkata 23 anggota dari Balai Bomba Johor Bahru dan Skudai bersama enam jentera bergegas ke tempat kejadian dan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran sebelum api dipadamkan sepenuhnya pada 8.30 pagi.

Beliau berkata selain dua cafe, premis lain yang terlibat termasuk perniagaan menjual pakaian kanak-kanak dan barangan serbaneka.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang disiasat, katanya.

Sementara itu, pemilik Island Lover Café, Nur Liyana Kamarudin, 29, ketika dihubungi berkata beliau bergegas ke cafe yang diusahakan sejak dua bulan itu sejurus menerima daripada panggilan orang ramai.

Nur Liyana menganggarkan kerugian kira-kira RM50,000 akibat kebakaran tersebut.

Pemilik cafe Fork And Dagger, Suziemah Zainal Abidin, 29, pula bersyukur kebakaran tersebut hanya menjejaskan bumbung cafe yang diusahakan sejak dua tahun lepas dan berterima kasih kepada pihak bomba kerana dapat mengelakkan premisnya daripada musnah keseluruhannya. – BERNAMA

Tags: Bombakebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd