• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Samurai Mati Serang Ibu Pejabat Polis Riau

oleh AK-47
17/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jakarta – Pihak berkuasa Indonesia menembak mati empat lelaki disyaki pengganas yang menyerang ibu pejabat polis di Pekanbaru, Riau, menggunakan pedang samurai menyebabkan seorang anggota terbunuh dan beberapa lagi cedera.

AFP melaporkan jurucakap polis negara, Setyo Wasisto berkata, kumpulan lelaki itu menaiki sebuah kereta memasuki pekarangan ibu pejabat polis, sebelum terus melaksanakan serangan sejurus keluar daripada kenderaan.

Katanya, dua anggota polis cedera manakala seorang lagi terbunuh selepas dirempuh penyerang yang cuba melarikan diri menaiki kenderaan.

“Penyerang yang cuba melarikan diri berjaya ditangkap dan ditahan di balai polis Pekanbaru,” kata Setyo.

Katanya, dalam kejadian itu seorang wartawan yang berada di ibu pejabat itu turut cedera selepas dilanggar kenderaan terbabit.

Reuters memetik maklumat polis mengatakan seorang penyerang terbabit memakai alat disyaki letupan, namun Setyo enggan mengulas perkara itu.

Rakaman televisyen menunjukkan mayat seorang lelaki terbaring atas tanah di luar balai polis terbabit dengan pedang panjang di sebelahnya manakala kenderaan berperisai dapat dilihat berhampiran.

Jurucakap polis di Riau berkata pihaknya belum mengenal pasti identiti penyerang atau motif serangan itu.

Bagaimanapun, ia susulan gelombang penyerang nekad oleh militan dilancarkan keluarga yang mempunyai anak kecil yang menyasarkan gereja serta bangunan polis di Surabaya sejak beberapa hari lalu.

Keseluruhannya kira-kira 30 maut termasuk 13 penyerang akibat semua kejadian itu.

Polis mengesyaki serangan dilaksanakan kumpulan Jemaah Ansharut Daulah (JAD) yang menyokong Daesh. Daesh di agensi berita Amaq mengaku bertanggungjawab bagi semua serangan di Surabaya. – Metro Online

Tags: pedang samuraipengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd