• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Bom Gegar 4 Wilayah Selatan Thailand

oleh Ahmad Albab
21/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Hari keempat bulan Ramadan dicemari dengan beberapa insiden keganasan apabila kira-kira 20 butir bom yang kebanyakannya menyasarkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) meletup di beberapa wilayah di selatan Thailand.

Kejadian letupan bom itu berlaku mulai 7 malam tadi (waktu tempatan) di wilayah bergolak Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla.

“Pihak berkuasa mendapat laporan empat butir bom meletup di daerah Muang, Pattani manakala masing-masing sebutir bom meletup di Saiburi, Nongchik dan Yarang. Semua menyasarkan mesin ATM,” kata Ketua Polis Pattani, Mej. Jen. Piyawat Chalermsi hari ini.

Beliau berkata dua individu dilaporkan cedera dalam kejadian letupan di daerah Muang.

Di Narathiwat, pihak berkuasa melaporkan lima butir bom meletup di daerah Benang Setar, Kabang dan Yaha, namun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Penyerang tidak dikenali juga menembak sebutir peluru grenad M79 terhadap markas Pasukan Petugas Narathiwat di Thanto kira-kira 8 malam tadi (waktu tempatan), tetapi tidak menyebabkan kecederaan.

Sumber keselamatan juga mengatakan serangan bom juga dilaporkan berlaku di daerah Ranget dan Cho Airong, manakala sebutir bom meletup di sebuah mesin ATM di daerah Thepa, wilayah Songkla malam tadi. – BERNAMA

Tags: BomThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena...

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd