• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Sahabat Bebas Tuduhan Bunuh Lelaki Filipina

oleh Ahmad Albab
18/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang pasti sangat bererti buat dua sahabat selepas mereka hari ini dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh seorang lelaki warga Filipina oleh Mahkamah Tinggi di sini, tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Datuk Ghazali Cha memutuskan untuk membebaskan Saffry Affendy, 41, dan Mukhlis Bakar, 44, selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Saffry, bekas anggota polis dan Mukhlis, buruh kontrak diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mahathir Mohd Khairudin.

Dalam penghakimannya, Hakim Ghazali antara lain menyentuh tentang keraguan terhadap identiti si mati, iaitu terdapat dua identiti melibatkan mayat yang sama.

Berdasarkan keterangan seorang daripada saksi, salah satu identiti itu adalah milik seorang lelaki yang masih hidup di Sabah serta mengalami sakit mental dan perkara ini disahkan oleh pegawai penyiasat yang telah mengambil keterangan daripada adik individu terbabit.

Selain itu, mahkamah juga mendapati kegagalan mengemukakan beberapa saksi material seperti adik individu yang dikatakan mempunyai identiti sama dengan si mati, turut menjejaskan kes pihak pendakwaan.

Sebanyak 14 saksi pihak pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula tahun lepas.

Saffry dan Mukhlis didakwa bersama-sama membunuh Hakim Asamad di Lot 1354, Off Jalan Sungai Jati, Jalan Kampung Jawa, Klang, kira-kira 12.30 tengah malam, 25 Ogos 2014.

Mayat mangsa yang ditetak di bahagian leher ditemukan di tempat pembuangan sampah di Klang.

Dua sahabat itu yang ditangkap pada 10 Sept 2014, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes bunuhmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd