Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Perhimpunan Besar-Besaran Gulingkan Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan propembangkang, Bersih 2.0 mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran dikenali sebagai...

Lanjut Umur Nelayan Terima...

SUNGAI BULOH - Pengerusi Lembaga Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim...

Sakit Saraf: Remaja Risau...

KOTA BHARU - Nik Mohamad Firdaus Nik Yusri, 17, yang menjalani pembedahan tulang...

Bekas Peguam Didakwa Pecah...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

1,900 JKKK Di Kedah Digantung Tugas Sementara

ALOR SETAR – Mesyuarat pertama Exco kerajaan Kedah yang berlangsung semalam membuat keputusan untuk menggantung sementara tugas 1,900 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata keputusan itu diambil sementara menunggu arahan lanjut dan terperinci daripada kerajaan pusat berhubung perkara itu.

“Kita belum mendapat arahan secara terperinci, apa juga keputusan dibuat di peringkat persekutuan akan kita laksanakan di Kedah ini dan tujuannya adalah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa campur tangan politik.

“Kita nak elak masalah yang timbul atas sebab JKKK yang terlampau berpolitik sehinggakan ada setengah pihak di kampung yang terabai kebajikannya kerana tidak menyokong kerajaan pada ketika itu. Jadi kita ambil pendirian siapa juga layak terima bantuan wajib kita beri perhatian dan bantu tak kira kecenderungan politik,” katanya selepas menyampaikan amanat pada program Bicara Integriti hari ini.

Mukhriz berkata kebanyakan daripada anggota JKKK di Kedah merupakan ketua Cawangan UMNO.


Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan mengaturkan pertemuan dengan pegawai daerah dan penghulu mengenai kaedah terbaru untuk menyalurkan bantuan secara langsung kepada pihak yang memerlukan dan kaedah penerimaan maklumat daripada semua kawasan untuk diambil tindakan.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Majlis Profesor Negara (MPN), Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dibubarkan. – BERNAMA

Kategori