• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ziana Zain Enggan ‘Buka Pekung’ Rumah Tangga

oleh
19/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN diasak bertubi-tubi namum penyanyi bersuara gemersik iaitu Ziana Zain tetap enggan mendedahkan kisah di sebalik tirai rumah tangganya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad yang dikatakan sedang ‘bergoncang’.

Memetik sumber, diva pop tersebut menegaskan bahawa dia perlu menutup mulut dan menyimpan rapi berhubung kemelut yang melanda mahligainya bagi menghindari sebarang spekulasi yang lebih hebat berlaku.

Malah, Ziana berkata dia juga tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana khuatir akan mengaibkan kedua-dua belah pihak termasuk ahli keluarga terdekat.

“Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.


“Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri,” tegasnya dipetik sebuah portal online.

Ujar Ziana lagi, ia menafikan sekerasnya ada campur tangan orang ketiga dalam hubungannya dengan suami dan memberitahu bahawa penceraian itu sudah menjadi takdir dan ketentuan Allah.

Pada masa sama, penyanyi berusia 50 tahun itu turut mendedahkan Armin langsung tidak menghubunginya mahupun anak-anak selepas dibebaskan daripada tahanan polis.

“Firman Allah dalam al-Quran, kun fayakun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya.


“Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya,” ujar Ziana.

Baca: Ziana Zain Terus ‘Kunci Mulut’ Soal Rumah Tangga

Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ziana Zain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Lagi Tohmahan Jahat Terhadap Saya Terjawab” – Najib

06/04/2021
0

SHAH ALAM - “Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan dakwaan...

Jangan Beri Tekanan Pada Ziana – Erra Fazira

19/07/2018
0

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menasihatkan semua orang agar tidak memberi tekanan kepada rakan baiknya, Ziana Zain yang baru sahaja bercerai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd