• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ziana Failkan Perceraian, Armin Pula Tidak Setuju

oleh
06/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUAMI penyanyi, Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri ‘melarikan diri’ daripada pihak media sebaik sahaja selesai prosiding kes pukul anak di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

Memetik portal Mstar Online, Armin dikatakan bertindak demikian apabila cuba keluar melalui pintu belakang mahkamah bagi mengelak bertemu dengan pihak media yang menunggunya di pintu utama.

Difahamkan juga, para wartawan turut mengejar Armin sehingga ke tempat letak kereta bagi mendapatkan kenyataan lanjut berhubung kemelut panas rumah tangganya dengan Ziana.

Bagaimanapun, usaha itu ‘hampa’ dan bekas pramugara kanan Malaysian Airlines itu hanya menunjukkan tanda ‘thumb down’ sambil tersenyum kepada pihak media.

Dalam perkembangan lain, difahamkan rumah tangga Armin dan Ziana didakwa sedang bergelora apabila penyanyi wanita berkenaan memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 3 April lalu.

Pun begitu, sumber berkata Armin tidak bersetuju untuk melafazkan cerai sebaliknya meminta kes berkenaan dibawa kepada pihak jawatankuasa pendamai.

Sementara itu memetik sumber lagi, mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu penyerahan dokumen berhubung kes berkenaan. Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Ia selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi yang mengatakan pihaknya masih dalam proses menyiapkan dokumen berkaitan kes itu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Ziana Zain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Lagi Tohmahan Jahat Terhadap Saya Terjawab” – Najib

06/04/2021
0

SHAH ALAM - “Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab,” kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak susulan dakwaan...

Jangan Beri Tekanan Pada Ziana – Erra Fazira

19/07/2018
0

PELAKON dan penyanyi Erra Fazira menasihatkan semua orang agar tidak memberi tekanan kepada rakan baiknya, Ziana Zain yang baru sahaja bercerai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd