Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Seludup Cecair Heroin Dalam...

NEW YORK - Seorang doktor haiwan Colombia dihukum penjara enam tahun kerana menyeludup...

5 Projek Loji Rawatan...

ALOR SETAR - Lima projek berkaitan menaik taraf loji rawatan air bernilai lebih...

10 Skim Pelaburan Ini...

Jangan mudah terpedaya dengan gambar-gambar longgokan wang ringgit, kereta mewah yang mempesona. Hati-hati jangan sampai tersontot!

Bunkface Sasar 6,000 Hadir...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Bunkface menyasarkan seramai 6,000 peminat akan hadir pada konsert...

Zaqhwan Positif Di Kejuaraan Motosikal Seluruh Jepun

KUALA LUMPUR – Selepas dua pusingan Kejuaraan Motosikal Seluruh Jepun (AJRRC), pelumba negara, Zaqhwan Zaidi mengakui masih banyak yang perlu dipelajarinya dengan atmosfera saingan di negara matahari terbit itu.

Hujung minggu lalu, Zaqhwan yang menjadi pelumba tunggal negara dalam kejuaraan berkenaan bersama pasukan Honda Asia Dream menamatkan kedua-dua perlumbaan di tangga ke-16 dan 12.

Pada Perlumbaan 1, bekas pelumba Moto2 itu melengkapkan 18 pusingan perlumbaan dengan catatan 39 minit 17.077 saat (s) sebelum memperbaiki catatannya di Perlumbaan 2, 39’01.135s.

Pelumba berusia 22 tahun itu mencatat masa sepusingan terpantas, 2’09.242s pada Perlumbaan 2 tatkala Katsuyuki Nakasuga dari pasukan Yamaha Factory Racing Team, mengungguli saingan di litar yang mula dibuka pada tahun 1962 itu.

“Perlumbaan masih banyak lagi,” kata Zaqhwan yang beraksi dalam kelas JSB1000 itu.

“AJRRC amat berbeza dan saya masih perlu belajar terutamanya dengan sistem elektronik dan juga pelarasan suspensi. Apapun, saya akan cuba melakukan yang terbaik.”

Pada awal tahun ini, Zaqhwan dipilih untuk mewakili pasukan Honda Asia Dream dalam AJRRC sekali gus menjadikan pelumba pertama negara yang beraksi secara musim penuh di sana.


Selain AJRRC, Zaqhwan turut dijadual menyertai Perlumbaan Endurance 8 Jam Suzuka, Julai ini dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Untuk tahun depan, Zaqhwan bakal berentap dalam tiga siri kejuaraan iaitu JSB1000 (AJRRC), ARRC dalam kelas baharu yang bakal diperkenalkan ASB1000 dan Perlumbaan Endurance 8 Jam Suzuka.

Sementara itu, pengurus pasukan, Makoto Tamada berkata: “Perlumbaan minggu lalu adalah untuk mengenalpasti kemampuan pelumba dan tahap pasukan semakin meningkat.” – BH ONLINE

  • Lagi berita berkaitan:
  • AJRRC

Kategori