• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahirah Senang Bergandingan Dengan Bapa

oleh
17/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERAJU utama drama ‘Duda Pujaan Dara’ iaitu Zahirah Macwilson mengakui tidak kisah digandingkan dengan darah daging sendiri dalam drama mahupun filem.

Kata Zahirah, dia sentiasa bersikap professional dan tidak berasa janggal beraksi dengan dengan bapanya, Zainol Macwilson dalam drama berjudul Tak Ada Cinta Sepertimu.

Jelasnya,  sejak daripada awal pembabitan dalam lakonan dia mempunyai impian untuk disatukan dalam mana-mana karya bersama bapa kesayangannya yang kini sudah mencecah usia 59 tahun.

“Mungkin ada yang rasa janggal atau malu berlakon dengan darah daging sendiri. Saya pula sebaliknya. Alhamdulillah, saya sangat gembira kerana dapat berlakon dengan ayah.

“Ini memudahkan saya menjiwai watak Athea. Ayah sering menyuntik semangat dan emosi terhadap karakter dibawa,” kata Zahirah dipetik BH Online.

Tambah Zahirah, drama lakonannya kali ini banyak ‘bermain’ dengan air mata serta menyentuh jiwa dan bapanya adalah insan yang banyak membantu ketika proses penggambaran.

“Ada satu babak di mana saya sukar menangis namun, ketika ayah pandang mata saya dan beri kata-kata semangat, air mata mengalir dan proses penggambaran lancar,” ujar graduan Universiti Curtin, Perth, Australia itu .

Disatukan dalam drama buat pertama kali, Zahirah mengaku amat selesa berlakon dengan bapa sendiri kerana dia bebas untuk mencium dan memeluknya.

Malah bagi Zahirah, peluang berlakon bersama bapa sendiri sememangnya akan menjadi salah satu kenangan terindah dalam hidupnya.

Difahamkan, Zahirah dan Zainol memegang watak sebagai anak dan bapa dalam drama tersebut yang pertama kali menggandingkan dirinya dengan pelakon popular, Syafiq Kyle. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Zahirah MacwilsonZainol Macwilson
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Napsiah, Pejuang UMNO Berjiwa Besar – Mohamad

Next Post

Kisah Iktibar Dijajah Akibat Khianat Zaman Melaka Dulu

Related Posts

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

Siapa Kata Zahirah Lemah-Lembut?

24/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Jika anda beranggapan Zahirah Macwilson gadis lemah-lembut, nampaknya pandangan itu silap. Akui aktres jelita ini, dia sebenarnya...

Next Post

Kisah Iktibar Dijajah Akibat Khianat Zaman Melaka Dulu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd