• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Napsiah, Pejuang UMNO Berjiwa Besar – Mohamad

oleh Ahmad Albab
17/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Tan Sri Napsiah Omar sebagai seorang pejuang UMNO berjiwa besar dan tiada tolok bandingnya.

“Arwah tetap meneruskan perjuangan untuk negara dan parti hingga ke saat akhir hidupnya…penduduk Negeri Sembilan berasa amat sedih dengan pemergian arwah sebagai ikon yang sentiasa memberi semangat kepada pemimpin terutama pemimpin muda dan pelapis.

“Semangat beliau akan kita teruskan dan dokong, terutama bagi menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu, bekas Anggota Parlimen Kuala Pilah yang juga Duta Besar Malaysia ke Kemboja Datuk Seri Hasan Malek berkata pemergian arwah adalah kehilangan besar dalam dunia politik negara, khususnya UMNO bahkan penduduk di Kuala Pilah.

“Di kesempatan ini, saya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga arwah dan semoga semua keringat serta jasa yang beliau curahkan selama ini, diberkati dan dirahmati Allah,” katanya.

Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar pula menyifatkan pemergian Napsiah yang dianggap ‘ibu’ kepada 1.4 juta anggota Wanita UMNO, sangat dirasai terutamanya dalam keadaan parti kini bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“UMNO kehilangan seorang pemimpin yang telah lama berkhidmat untuk parti. Dalam perjuangannya demi agama, bangsa dan tanah air, beliau akan sentiasa berada di barisan hadapan, namun tuhan lebih menyayanginya. Perjuangannya selama ini seharusnya dicontohi,” katanya.

Napsiah meninggal dunia pada 6.10 petang semalam akibat barah hati pada usia 74 tahun di rumah anak lelakinya di Ampang Jaya.

Allahyarhamah yang meninggalkan empat anak iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan pernah menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 1982, Menteri Perusahaan Awam (1987), Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial (1990) serta Anggota Majlis Eksekutif Negeri Sembilan (1995-1999).

Napsiah menyertai UMNO cawangan Kuala Pilah pada 1972 sebelum menjadi Anggota Parlimen Kuala Pilah selama empat penggal sejak 1982.

Beliau kemudian menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah selama penggal selepas menewaskan Ruslan Kassim daripada PKR dengan majoriti 2,818 undi pada Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanTan Sri Napsiah Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd