• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Lawat Kilang Pemprosesan Makanan Laut

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan ke kilang pemprosesan makanan laut di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di Kilang Sen Up Huat Seafood Trading Sdn Bhd yang beroperasi sejak November 1980 itu pada pukul 10.40 pagi.

Beliau berada kira-kira sejam di kilang itu untuk berjumpa dengan ahli lembaga pengarah syarikat selain meninjau pembuatan makanan serta melawat ke pelantar berhampiran premis berkenaan.

Kilang itu menghasilkan makanan laut sejuk beku antaranya sotong, sotong kurita dan udang yang dieksport Jepun, Korea, China, Hong Kong dan Australia.

Sejak 2004, kebanyakan produk makanan sejuk beku kilang berkenaan telah masuk ke pasaran Eropah.

Turut hadir ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk Khairuddin Tarmizi. – BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd