Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

QZ8501: Identiti Satu Lagi...

KUALA LUMPUR - Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana Jabatan Polis Republik Indonesia (DVI POLRI)...

Presiden Palestin Gesa PBB...

NEW YORK: Presiden Palestin Mahmoud Abbas, hari ini menuntut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Syor Benar Pecat, Dakwa...

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa...

Jumlah Keahlian Pemuda UMNO...

KUALA LUMPUR - Nampaknya populariti UMNO dalam kalangan anak muda semakin menyerlah apabila...

Yakin Pengundi Tak Tertipu Lagi Janji Pembangkang

MELAKA – Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dicalonkan semula bertanding di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya (dahulunya Bukit Katil) yakin pengundi di kawasan itu tidak akan tertipu lagi dengan janji manis pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Calon Barisan Nasional (BN) itu berkata pada PRU13 pembangkang berjaya mengaburi pemikiran pengundi dengan menabur harapan menerusi pelbagai janji manis, namun harapan itu hanya omong kosong yang sengaja dicipta demi meraih sokongan dan undian.

“Lima tahun telah berlalu, sedih apabila ruang dan peluang yang diberi oleh pengundi tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh wakil rakyat pembangkang yang dipilih malah bantuan dan kebajikan terhadap rakyat tidak diambil kira dan diberi perhatian sewajarnya.

“Justeru, saya yakin dan percaya pengundi kini bijak menilai dalam menentukan wakil rakyat bagaimana yang mereka mahukan dalam menyelesaikan masalah dan berkhidmat secara terus membela nasib mereka,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman senarai calon BN Melaka di Seri Bendahara di sini, hari ini.

Pada PRU13, Mohd Ali kalah kepada Shamsul Iskandar Mohd Akil daripada PKR di kawasan Parlimen itu.

Sementara itu, Pengerusi MCA Melaka Datuk Lim Ban Hong berkata beliau akan terus memastikan segala inisiatif kerajaan membangunkan negeri dan menyediakan masa depan lebih baik kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan baik.


“Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dengan menunaikan janji dan menggalas amanah sebaiknya sekiranya terus diberikan mandat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Klebang,” katanya.

Katanya beliau turut berpuas hati dengan jumlah calon daripada MCA dan berharap semua anggota komponen BN terus berusaha keras dalam memastikan kemenangan besar BN pada PRU14.

Pada PRU14 di Melaka, UMNO bakal bertanding di 18 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat kawasan Parlimen; MCA (lapan DUN dan dua Parlimen); MIC (satu DUN) dan Gerakan (satu DUN). – BERNAMA

Kategori