• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujud Balai Bomba Beri Pekerjaan Kepada 21 Pemuda

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Pewujudan Balai Bomba dan Penyelamat Beluran memberikan peluang pekerjaan kepada 21 pemuda tempatan di daerah itu selepas diserap sebagai Pegawai Bomba Bantuan (PBB).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Pauzi berkata balai bomba ini mempunyai perjawatan sebanyak 29 keanggotaan tetapi agak istimewa kerana kebanyakan anggotannya terdiri daripadanya PBB.

“Maka kewujudan Balai Bomba dan Penyelamat Beluran ini sekali gus telah memberikan peluang pekerjaan kepada pemuda tempatan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Balai Bomba itu yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di sini, hari ini.

Menurutnya di negeri ini terdapat sembilan balai bomba dan penyelamat mempunyai anggota kalangan PBB antaranya di Lahad Datu, Semporna, Kudat, Kota Belud, Keningau, Papar dan Beaufort.

Mengenai pewujudan Balai Bomba Beluran, Nordin berkata pembinaan balai bomba itu dengan peruntukan kerajaan bernilai RM7 juta dimulakan pada 21 Sept 2015 dan mula beroperasi pada 29 Oktober 2017.

Beliau berkata dengan kewujudan balai ini, perkhidmatan kebombaan akan dapat disampaikan kepada masyarakat dengan lebih berkesan lagi.

Katanya masa bertindak jentera bomba untuk tiba di tempat kebakaran atau penyelamatan akan menjadi lebih pantas, kebakaran dapat dikawal dan dipadamkan dengan lebih cepat sekali gus mengelakkan kerugian yang besar.

Terdahulu, Ronald dalam ucapannya berkata dengan adanya balai bomba dan penyelamat ini dapat melindungi keselamatan penduduk yang berjumlah lebih kurang 110,000 orang di daerah ini, Telupid dan Paitan.

Katanya pembinaan balai bomba ini bagi memenuhi permintaan penduduk dan penting kepada fasa pembangunan di daerah ini. – BERNAMA

Tags: BombaNordin Pauzi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd