• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Malaysia Terkandas Di Puncak Batu Pantai Phuket

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Seorang pelancong Malaysia mengalami detik mencemaskan apabila air pasang dan ombak kuat menyebabkannya terkandas beberapa jam di puncak batu di sebuah pantai di Phuket malam tadi.

Menurut Pasukan Penyelamat Kusoldharm Foundation, Lim Yuin Chuang, 35, baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket dari Pulau Pinang pada sebelah pagi dan mengambil keputusan untuk berjalan di tepian pantai untuk ke hotelnya di Patong.

“Ketika berjalan di pantai itu, air tiba-tiba pasang tinggi dan ombak kuat menghanyutkan pelancong Malaysia itu ke kawasan berbatu dan menyebabkannya terdampar di situ,” kata seorang pegawai pasukan penyelamat itu.

Beliau berkata, oleh kerana lelaki berkenaan bimbang perkara lebih buruk akan berlaku terhadap dirinya, dia menghubungi rakannya, seorang wanita Thailand bagi mendapatkan bantuan.

Kemudian, kata pegawai itu, rakan wanita berkenaan menghubungi pihak berkuasa tempatan bagi melaporkan kejadian tersebut dan susulan itu, polis tempatan dan pegawai taman negara berganding bahu dengan Kusoldharm Foundation untuk menghantar pasukan penyelamat bagi menyelamatkan lelaki berkenaan dengan menggunakan bot.

Pasukan penyelamat itu, yang turut dianggotai sukarelawan serta bot nelayan, berjaya menemukan Lim, yang kelihatan letih, pada kira-kira 10 malam selepas pelancong itu membakar bajunya sebagai ikhtiar untuk menarik perhatian pasukan berkenaan ke tempat dia terkandas.

Menurut pegawai berkenaan, Lim sering berkunjung ke Phuket. – BERNAMA

Tags: terdampar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

230 Paus Terdampar Di Tasmania, Separuh Masih Hidup

21/09/2022
0

SYDNEY: Kira-kira 230 ikan paus ditemukan terdampar di pantai barat Tasmania hari ini dan menurut pihak berkuasa Australia, hanya separuh...

Paus Sperma Terdampar Berjaya Diselamatkan

06/03/2018
0

SEEKOR paus sperma yang terdampar di Pantai Pelabuhan Jangkar, Situbondo, Jawa Timur Jumaat lalu telah berjaya diselamatkan oleh Pengelolaan Ruang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd