• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Sesat Di Hutan, Tidur Berbantalkan Ikan

oleh
25/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CEMAS… Seorang warga emas di Terengganu terpaksa bermalam dalam hutan apabila sesat di hutan Jerangau dan terpaksa tidur dengan berbantalkan ikan.

Lapor Sinar Harian, mangsa, Tengku Mohammad Tengku Abas, 61, memberitahu dia keluar memancing bersama seorang rakannya petang semalam di kawasan berkenaan.

Dia yang berasal dari kampung Jerangau Barat, namun gagal mencari jalan pulang selepas terpisah dengan rakannya dan cuaca pula kebetulan sudah semakin gelap.

“Kami sampai di hutan pada jam 4 petang dan ketika dia ajak pulang kira-kira jam 7 petang, umpan kail saya baru sahaja mengena dan tidak perasan rupanya dia telah keluar untuk pulang.

“Rasa sekejap sahaja dia sudah hilang dan hari sudah gelap. Saya tidak boleh cari jalan keluar kerana terlalu gelap dan terpaksa tidur di tepi sungai berbantalkan ikan yang ditangkap,” katanya.

Tengku Mohammad turut merasai pengalaman yang mencabar bermalam di dalam hutan apabila terserempak dengan seekor gajah yang berada dalam jarak beberapa meter sahaja dengan dirinya.

Kejadian tersebut menyebabkan dirinya tergamam dan berdiam diri seketika dengan memberi laluan kepada haiwan liar tersebut menyeberangi sungai.

Nasibnya selamat kerana gajah tersebut tidak pula bertindak agresif dan hanya berlalu begitu sahaja.

Tambahnya lagi, kejadian tersebut tidak di luar dugaannya kerana mangsa sering memancing bersama rakannya di kawasan itu.

Sementara itu, Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Ambs, Jas Wari Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8 malam mengenai kehilangan seorang lelaki dan melakukan pencarian.

“Operasi terpaksa ditangguhkan kerana hari sudah malam dan disambung pagi ini.

“Pada jam 9.10 pagi, mangsa ditemui dalam jarak 10 kilometer dari lokasi hilang,” ujarnya.

Pasukan perkhidmatan penyelamat perawatan kecemasan (EMRS) Bomba Ambs merawat mangsa setelah selamat dibawa keluar. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: hutanSesatwarga emas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mungkin Inilah Punca Kenapa PH ‘Sabotaj’ Projek ECRL

Next Post

N.Sembilan Rekod Pelepasan Udang Galah Terbanyak

Related Posts

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

Peragut Warga Emas Dicekup, Kes Selesai 24 Jam

27/05/2025
0

Georgetown: Lelaki warga tempatan berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian ragut membabitkan wanita warga emas di Jelutong,...

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

Warga Emas Maut Jatuh Perigi

22/05/2025
0

PASIR MAS: Seorang wanita warga emas meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, di...

Next Post

N.Sembilan Rekod Pelepasan Udang Galah Terbanyak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd