• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wany Tak Mahu Ibunya Turut Kena Tempias Gosip

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMRAH menjadi selebriti adalah menghadapi situasi sukar berupa gosip murahan yang sengaja diada-adakan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tuduhan melulu terhadap seseorang artis itu sebenarnya amat mengaibkan dan juga memberi imej yang kurang baik terhadap dirinya.

Oleh itu, berita-berita liar sememangnya mendatangkan kesan negatif terhadap kerjaya selebriti tidak kiralah sama ada dalam bidang lakonan, nyanyian mahupun pengacaraan.

Disebabkan itu, penyanyi berbakat besar, Wany Hasrita memohon kepada semua pihak agar tidak mengada-adakan gosip murahan kononnya dia sedang bercinta kerana perkara itu membuatkan ibunya, Norita Jaafar sedikit terkesan.

“Kasihanilah ibu saya, apatah lagi cerita negatif sebegitu mudah dipercayai oleh orang ramai di luar sana. Lebih-lebih lagi, dia menyandang status ibu tunggal,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Wany kini menetap sebumbung bersama ibunya dan wanita itu juga dijadikan sebagai sahabat baik kerana sering menjadi tempat dia meluahkan perasaan serta berkongsi banyaak perkara.

“Saya tinggal bersama ibu… Jadi, jika ada cerita sensasi sebegitu, kesannya bukan terhadap saya seorang, tetapi turut terkena pada ibu. Harapnya, selepas ini tidak lagi timbul cerita begini, sebaliknya fokus kepada kerjaya saja,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Wany pernah dikatakan kononnya sedang bercinta dengan Fairuz Selamat yang merupakan bekas anggota kumpulan Q Face.

Berita itu mendapat perhatian ramai selepas mereka masing-masing dilihat sering memuatnaik gambar bersama-sama di media sosial.

Bagaimanapun, Wany sendiri mengakui bahawa dia sudah mengenali Fairuz sebelum dirinya ‘dipinang’ sebagai artis rakaman lagi.

Malah, jejaka itu turut dijadikan sumber rujukan buatnya dalam bidang seni disebabkan pengalaman yang dimiliki olehnya.

“Begitupun, gosip yang timbul sama sekali tidak menjejaskan persahabatan kami. Ibu juga mengenali Abang Fairuz. Hakikatnya, kami tidak bercinta, sebaliknya sekadar bersahabat baik,” ujarnya.

Namun, berita baik buat ramai jejaka di luar sana kerana dikatakan hati gadis berusia 25 tahun itu masih lagi belum dipetik oleh mana-mana kumbang.

“Setiap orang bagaimanapun pasti mempunyai cita rasa mereka yang tersendiri. Bagi saya, antara kriteria yang menarik perhatian saya adalah lelaki yang tinggi, berkulit sawo matang dan sedap mata memandang.

“Namun begitu, saya belum pun mempunyai mana-mana calon kerana tidak ada apa-apa perancangan untuk menaiki pelamin dalam masa terdekat,” katanya.

Wany kini baru sahaja melancarkan produk kesihatan dibawah jenamanya sendiri yang dikenali sebagai Jellyta. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Netizenwany hasrita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-44, Netizen Titip Doa Hingga Jannah

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini meraikan ulang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd