• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Status Ibu Direman Selepas Ugut Maya Karin

oleh
17/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI dan pelakon cantik, Maya Karin mengaku pernah menjadi mangsa buli siber apabila diganggu seorang wanita hingga terpaksa melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Maya mendedahkan bahawa dia telah diugut dengan kata-kata berbaur ancaman oleh wanita berkenaan di laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram sekitar bulan Ogos tahun lepas.

“Wanita itu bukan sahaja mengugut saya, tetapi ahli keluarga terdekat juga terkena tempias ugutannya.

“Walaupun dia cuma menghantar pesanan menerusi laman sosial, gangguan yang dilakukan boleh dikatakan melampaui batas susila seorang manusia.

“Perkara tersebut berlarutan selama beberapa bulan sehinggalah saya membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada penghujung tahun lalu,” kata Maya dipetik sebuah portal online.

Tambah Maya lagi, selepas pihak polis melakukan siasatan lanjut seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an telah ditahan reman selama tiga hari awal tahun ini di Melaka sebelum dibawa ke muka pengadilan.

Jelasnya, wanita tersebut bagaimanapun mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan dan hakim mengenakan hukuman denda atas kesalahan yang dilakukan.

“Mengikut siasatan polis, motif wanita itu agak samar dan kurang jelas, cuma difahamkan, dia adalah seorang peminat fanatik dan juga berstatus ibu,” jelas Maya.

Pun begitu, Maya berkata dia tidak menyimpan sebarang perasaan dendam dan mengingatkan masyarakat agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Sebagai artis, saya sudah biasa berdepan perkara seperti ini, Tetapi, tidak ahli keluarga saya yang sangat terkejut dengan apa yang berlaku. Saya berharap kesilapan itu lagi tidak diulangi,” ujar Maya dipetik BH Online.

Dalam perkembangan lain, Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke dikatakan sibuk untuk memulakan rakaman single terbaru iaitu lagu duet bersama Kaka Azraff dan Awi Rafael. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: buli sibermaya karin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sultan Brunei Wajib Murid Solat Jemaah Di Sekolah

Next Post

Isu 1MDB, TRX Fitnah Kitar Semula – Abdul Azeez

Related Posts

Tuduhan Berniat Jahat, DAP Cuba Raih Politik Murahan

08/09/2020
0

SHAH ALAM - Tindakan pemimpin DAP yang menuduh dua timbalan menteri melakukan buli siber terhadap Veveonah Mosibin adalah berniat jahat...

Maya Karin Nafi Jadi Punca Nik Nazmi Bercerai

03/07/2019
0

JIKA sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang ahli politik dari parti pembangkang, kali ini, nama Maya Karin sekali lagi didakwa...

Next Post

Isu 1MDB, TRX Fitnah Kitar Semula - Abdul Azeez

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd