• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita PBB Kerja Keras Bantu Rampas Balik 4 Kerusi

oleh Ahmad Albab
17/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Wanita Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan bekerja sebagai satu pasukan mantap bersama pergerakan wanita parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain dalam memastikan misi kemenangan mereka tercapai pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Ketua Wanita PBB Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata misi mereka bukan hanya untuk mengekalkan 25 kerusi Parlimen milik BN di Sarawak, tetapi juga merampas empat kerusi yang dipegang pembangkang sebelum ini.

“Empat kerusi Parlimen yang menjadi sasaran itu ialah Sibu, Sarikei, Stampin dan Miri. Untuk mencapai misi ini, setiap anggota pergerakan perlu bekerja keras secara sukarela dan turun padang demi masa depan Sarawak dan negara ini,” katanya pada program turun padang Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB di sini hari ini.

Fatimah yang juga Menteri Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak dalam pada itu menggesa agar pergerakan itu memainkan peranan untuk meningkatkan jumlah keanggotaan PBB di seluruh 1,565 ranting parti tersebut di Sarawak.

Selain membuka kaunter pendaftaran pada setiap majlis anjuran parti itu, Wanita PBB digesa untuk mendaftar anggota keluarga masing-masing yang sudah cukup umur untuk menjadi anggota parti tersebut di samping berusaha supaya anggota sedia ada tidak keluar parti. – BERNAMA

Tags: PBBPRU14
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tolak Mahathir Bukan Semata-Mata Kerana Usia

Next Post

PRU14: Pembangkang Cabaran BN Melaka

Related Posts

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa bertindak tegas terhadap Israel bagi menghentikan...

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

27/01/2025
0

SHAH ALAM - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa supaya mengambil tindakan tegas dalam...

Next Post

PRU14: Pembangkang Cabaran BN Melaka

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd