• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ini Sanggup Buang Jantina Kalau BN Kalah?

oleh AK-47
17/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN kerana inginkan perhatian, seorang wanita kembali mencetuskan kontroversi apabila memuat naik posting berani dan mengejutkan di laman Facebook (FB) miliknya.

Wanita berusia 22 tahun yang dikenali sebagai Siti Amiza Ratu Rapat itu dengan beraninya memuat naik status ingin membuang jantinanya sekiranya Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14(PRU) pada 9 Mei depan.

“Saya sanggup buang jantina kalau BN kalah. Saya yakin BN menang. Jangan mimpi pembangkang dapat ganti tempat BN. Buang jantina jadi lelaki pun tak apa kalau BN kalah taruhan saya,” katanya memetik Mstar Online.

Sebelum ini, Siti pernah dikecam hebat oleh netizen berikutan video viral yang menunjukkan dirinya berkata mahu 10 orang lelaki merogolnya kerana dia ingin merasai rasa dirogol. Namun, Siti memohon maaf setelah dikecam hebat di media sosial dan NGO datang ‘menyerang’ kediamannya.

Bagaimanapun, Siti menjelaskan dia hanya sekadar bergurau sahaja dengan pengikutnya di laman sosial tersebut.

“Memang saya akui saya tulis posting itu tetapi saya hanya melawak saja. Lagipun saya amat yakin BN akan menang sebab itu saya berani (muat naik status tersebut),” katanya yang juga mendedahkan dirinya merupakan penyokong tegar parti pemerintah itu.

Menjelaskan tindakannya itu, Siti mengakui dia tidak gemar melihat terlalu banyak komen-komen negatif mengenai kerajaan di media sosial, antara punca dia memuat naik status berkenaan.

“Saya tengok banyak komen negatif mengenai kerajaan, jadi saya tak berapa suka sangat. Saya rasa posting itu tidak patut dijadikan isu kerana kita sebagai rakyat Malaysia bebas menyokong mana-mana parti.

“Ini cara saya. Mereka kutuk kerajaan tak apa pula, tapi bila saya sokong BN, marah pula. Tak bestlah, bukan saya kutuk parti lain. Saya hanya mahu membuktikan saya penyokong kuat BN,” katanya.

Dalam kenyataan kepada mStar Online, Siti yakin BN akan kembali memerintah dan peluang kemenangan BN pada PRU14 adalah amat tinggi.

“Saya tidak takut, saya memang tidak takut sebab amat yakin BN akan menang,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Barisan Nasional (BN)
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Dikompaun RM10,000 Kerana Melanggar SOP Fasa 4 PPN

28/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dikenakan kompaun RM10,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana melanggar SOP dengan menganjurkan majlis sosial...

Kerajaan Campuran BN-PAS Di 4 Negeri Akan Diperinci

18/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan kerajaan campuran di antara Barisan Nasional (BN) dan PAS di empat buah negeri akan diteliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd