• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pengorbanan Seorang Ibu…

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

HATI siapa yang tidak tersentuh apabila melihat ketabahan seorang ibu ini yang meredah kesesakan lebuh raya bersama empat anak kecilnya dengan hanya menaiki motosikal.

Seorang daripada anaknya terlentok di bakul hadapan motosikal, manakala tiga beradik lagi saling memegang erat antara satu sama lain dengan anak yang paling kecil berada di tengah-tengah.

Si ibu dan keempat-empat anak ini difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Selayang selepas mengambil bantuan berbentuk pakaian yang dihulurkan oleh sebuah masjid di Bukit Damansara.

Namun apa yang memilukan, dalam keadaan panas terik itu tidak ada satu kenderaan pun dikatakan sudi menghulurkan bantuan kepada mereka.

Lebih merisaukan lagi, keadaan mereka itu jelas membahayakan nyawa lima beranak itu sehinggalah dua orang gadis yang menunggang motosikal tampil menawarkan diri untuk membantu si ibu berkenaan.

Menurut pengguna Facebook Nrftma Yussman, dia yang terserempak dengan keluarga berkenaan terus menghulurkan bantuan dengan menumpangkan salah seorang anaknya untuk pulang ke rumah mereka di Selayang.

“Maaf, tak sempat bertanya nama makcik ini Apa. Biasa tengok dalam televisyen saja orang seperti ini. Tetapi semalam betul-betul terjadi di depan mata dan kami tawarkan diri untuk membantunya.

“Sombongnya manusia yang ada kereta. Pengorbanan seorang ibu,” tulis dalam posting yang dimuat naik pada Sabtu dan sehingga kini telah dikongsi lebih 7,500 kali.

Berdasarkan video juga, hanya si ibu dan anak sulungya sahaja dilihat memakai topi keledar dan kedudukan anak lelakinya di belakang juga dilihat hampir terjatuh.

Nrftma turut  berkongsi nombor telefon wanita berkenaan agar mana-mana pihak atau individu yang baik hati sudi menghulurkan bantuan atau sumbangan kepada mereka.

Sementara itu, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengambil maklum mengenai video tular tersebut dan menjelaskan bahawa, wanita berkenaan merupakan salah seorang penerima bantuan zakat.

Wanita berusia 32 tahun itu diberikan kira-kira RM350 secara bulanan melalui Skim Bantuan Kewangan Bulanan dan Skim Bantuan Am Persekolahan untuk anak-anaknya.

Tambah Baitulmal lagi, penjelasan itu bukan untuk menghalang orang ramai memberi sumbangan dan bantuan kepada keluarga wanita berkenaan tetapi untuk memberi pencerahan bahawa wanita berkenaan telah dan sedang menerima bantuan zakat pihaknya.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menuding jari atau melempar tuduhan yang tidak berasas terhadap pihak Baitulmal. Sebaliknya, bersama-sama mewujudkan sebuah masyarakat prihatin dan membantu golongan yang tidak berkemampuan. -MYNEWSHUB.CC

Tags: ibu tabahMAIWPZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

Seleweng Peruntukan Zakat RM120,000, Seorang Lagi Kakitangan Wanita MAIWP Ditahan SPRM

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang lagi kakitangan wanita Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd