• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Dapat Sambutan, Tapi Tiba-Tiba ‘Hilang’

oleh Haris
01/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKSI memukau di sebuah anugerah berprestij baru-baru ini menyebabkan orang ramai tidak sabar menanti single terbaharu penyanyi, Ernie Zakri dilancarkan kepada umum.

Penantian itu akhirnya berbaloi apabila Ernie melancarkan lagu berjudul Misteri dan memuat naik video lirik lagu di laman YouTube pada 27 Mac lalu.

Apabila ia dilancarkan, video berkenaan mendapat sambutan pendengar apabila ramai memuji lagu tersebut serta kebolehan vokal Ernie yang sememangnya tidak boleh disangkal lagi.

Namun, video yang telah ditonton 100,000 kali itu secara tiba-tiba ‘hilang’ dari laman berkenaan selepas ia dipadamkan semula oleh pihak Ernie dan syarikat pengurusan Fantasia Music City (FMC) hanya beberapa hari selepas ia dimuat naik.

Jelas Ernie, video berkenaan berdepan masalah teknikal gangguan audio yang menyebabkan dia dan FMC terpaksa mengambil tindakan sedemikian.

Bagaimanapun, video berkenaan kembali dimuat naik selepas masalah teknikal tersebut dapat diatasi dan video itu kini mendapat 46,000 tontonan.

Jelas Ernie, biar pun sedikit kecewa memandangkan video itu sebelum ini telah mendapat jumlah tontonan yang tinggi, Ernie berkata dia tidak terlalu terkilan kerana sangat mementingkan kepuasan.

“Nyanyian saya kedengaran pecah dan bingit disebabkan masalah teknikal. Mahu atau tidak, saya terpaksa memadam, biarpun sudah lebih 100,000 pelayar menontonnya

“Saya mahu menghasilkan lagu berkualiti. Bukan senang kerana saya menunggu lebih setahun untuk komposer menyiapkan lagu ini.

“Saya tidak mahu terburu-buru kerana tahu mereka memerlukan masa menghasilkan lagu yang menepati selera pendengar,” katanya memetik portal BH Online.

Lagu bergenre balada itu dihasilkan komposer yang meningkat naik, Gouffran, manakalai liriknya ditulis oleh Sang Hitam dan diterbitkan oleh Lee Sze Wan.

Biarpun telah menyertai industri muzik sejak lapan tahun lalu selepas muncul juara Bintang RTM pada tahun 2009, bakat Ernie hanya disedari oleh orang ramai baru-baru ini apabila bergandingan dengan Syamel menerusi lagu Aku Cinta.

Perkara itu menyebabkan dia tidak mahu mensia-siakan perhatian yang diterimanya kini untuk mengukuhkan namanya dalam industri.

“Lagu itu menjadi batu loncatan untuk saya mengukuhkan lagi nama. Jadi, saya tidak mahu sia-siakan peluang yang diperoleh selepas lapan tahun menunggu.

“Saya mahu mengekalkan momentum itu dengan menampilkan lagu yang disukai. Misteri sebenarnya dirakamkan tahun lalu, tetapi pelancarannya ditangguhkan kerana saya tidak berpuas hati.

“Saya rakam semula lagu ini awal Januari lalu dengan membuat lebih persediaan. Saya juga terbabit 100 peratus dalam penghasilan lagu ini kerana ingin mencari kepuasan tersendiri,” katanya. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Ernie Zakri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SUARA RINTIHAN ERNIE ZAKRI MENERUSI ‘SIRNA’

SUARA RINTIHAN ERNIE ZAKRI MENERUSI ‘SIRNA’

03/07/2023
0

Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Industri Muzik 23 Nyanyikan OST Filem Kisah Seram Paling Ditunggu Tahun 2023 ‘Sumpahan Jerunei’ KUALA LUMPUR,...

Penganjur ‘Lari’, Showcase Syamel, Ernie Esok Batal

23/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Gara-gara penganjur menyepikan diri tanpa sebarang berita, penganjuran showcase penyanyi Syamel dan Ernie Zakri sempena minggu setiausaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd