Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

COVID-19: 11 Juta Penduduk...

WASHINGTON - Keruntuhan ekonomi daripada COVID-19 akan menyebabkan ekonomi China tidak berkembang selain...

Dua Kereta Terbakar Lepas...

KUALA KANGSAR - Dua buah kereta terbakar selepas melanggar tong gas yang bertaburan...

Pasangan Pengantin Diarak Dengan...

MACAM-MACAM cara dilakukan oleh pasangan pengantin bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka tampak unik...

Nama ‘Nokia Lumia’ Digantikan...

Lanjutan daripada laporan sebelum ini, pihak Microsoft mengesahkan mereka telah melakukan perubahan daripada...

Video: Budak Flat PPR Buat Onar Lagi…

AMPANG – “Bagai melepaskan anjing yang tersepit, namun apabila dilepaskan digigitnya pula.”

Demikian peribahasa paling tepat ditujukan bagi segelintir masyarakat yang tidak tahu berterima kasih dan menghargai bantuan diberi.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook memuat naik satu rakaman video memaparkan dua remaja perempuan berbuat khianat di sebuah unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, di sini.

Dalam video rakaman litar tertutup (CCTV) bertarikh 18 April itu, salah seorang daripada remaja berkenaan pada mulanya dilihat hanya menyentuh skrin paparan LED lif itu secara perlahan.

Namun ketika pintu lif berkenaan dibuka, wanita itu seakan mengarahkan rakannnya untuk ‘menumbuk’ peralatan tersebut yang mana ia telah dituruti oleh rakannya itu.

Menurut pemuat naik video yang juga dipercayai ahli jawatan kuasa (AJK) flat berkenaan, Yusof, lif tersebut baru sahaja diganti dengan baharu namun ia ternyata telah dirosakkan kembali oleh penduduk.


“Lif baru je ganti baru namun harus ingat lif tu ada CCTV. Jangan jadi bodoh ya.

“Ganti rugi kena bayar dengan badaraya atau keluar dari rumah tanpa paksaan,” tulisnya di pautan kapsyen video.

Perkongsian itu lantas mencetuskan kemarahan orang ramai yang menyifatkan tindakan mereka sebagai tidak tahu bersyukur sehingga ada segelintir yang mengharapkan keluarga pelaku berkenaan ‘dihalau’ keluar dari PPR berkenaan.

“Bukan takat suruh bayar ganti rugi je, bagi notis supaya keluar dari perumahan sebab tak layak di bagi muka jika ada perangai yang menyusahkan penduduk lain,” tulis Shukor Hasmi.

Sehingga kini video berdurasi kurang daripada 10 saat itu menerima tontonan lebih daripada 15 ribu dan perkongsian sebanyak 203 kali daripada netizen. – MYNEWSHUB.CC

Kategori